Monday, May 14, 2018

Umno perlu kembali ke akar

Selepas hanya memenangi 47 kerusi pada pru14,  umno seperti sudah mati. Ketika umno memerlukan sahabat, rakan telah meninggalkan. Keadaan ini memang sudah dijangka oleh orang melayu.

Umno terlalu lama memerintah. Rumah sudah dipenuhi anai-anai. Parasit yang bersarang dalam umno sudah memunculkan diri.

Tun Mahathir telah membunuh umno. Tapi nasihat "kembali ke akar kamu" adalah ubat paling mustajab.

Pada 2004, PKR hanya menang di Permatang Pauh, pada 2008 parti ini bersama pakatan rakyat mampu mendapat undi popular.

Jika sikap pemimpin umno tidak berubah, umno hanya dalam lipatan sejarah.

:::  Ahli umno telah menolak parti tetapi bukan selamanya.

1 comment:

  1. umno skrg dah jadi satu entiti...... bergentayangan

    ReplyDelete