Friday, March 5, 2021

Parti lain sempurnakah?

Mungkin ahli akademik ini mendapat tekanan dalaman lalu kenyataannya tidak konsisten. Meskipun begitu sepatutnya poll tanpa mengikut syarat akademik ia tidak boleh menjadi petunjuk.
Najib popular tapi popular tidak semestinya akan menjadi PM. Syarat asas seorang untuk menjadi PM dia perlu mendapat sokongan ahli parlimen.

Tanpa jawatan dalam parti, maaf Najib tercicir dalam senarai.

“Ini kerana, Presiden UMNO itu seolah-olah tiada visi atau tidak mempunyai visi yang jelas untuk parti, apatah lagi bagi memimpin negara.
Ramai yang mengatakan hal ini kerana dibutakan kerana Zahid speaking pelat jawa. 

Jika Zahid tidak ada visi, Muafat Nasioanal bukankah visi diperingkat parti. Pembangkang menang 5 prk dalam keadaan nama buruk bukan sesuatu yang mudah. Tapi sebagai presiden, Zahid sudah membuktikan.

20 tahun Anwar berjuang untuk merebut jawatan PM, walaupun PM sudah didepan mata hakikatnya bukan mudah untuk menjadi no 1 negara.

Persepsi.

Jika kerana Zahid terpalit dengan kluster makamah dia tidak sesuai menjadi PM, ye sepatutnya PM tidak boleh terpalit sebarang salah laku. 

Tapi kenapa Lim Guan Eng boleh menjadi menteri walau terpalit dengan pendakwaan makamah? Lebih tidak masuk akal bila pendakwa menarik pendakwaan. 

Zahid membawa bangla, semua maklum Mahathir kroni keliling pinggang tidak pula jadi isu.

Pelaku dalam video, semua dah melupakan babak tu. Takde plak diungkit.

Umno perlu transform bagi mendapat sokongan rakyat, frasa ini sebenarnya lucu.

Adakah dengan membawa masuk Mahathir dalam umno merupakan satu transformasi?

Parti mana yang hebat transformasinya, sila nyatakan kalau ada.

Politik sempit.


Secara teori umno sudah tidak menjadi kerajaan hampir 3 tahun. Apa perubahan besar dalam undang-undang mahupun landskap kejayaan?

Siapa sebelum ini mahu mengubah undang-undang lord reid?

2 tahun memerintah sepatutnya sudah ada pelan transformasi, hala tuju kemana arah. Data tidak menipu apa kejayaan PH, ambil contoh skandal Tabung Haji, siapa didakwa?.

Minyak naik, dulu semasa PH boleh la bangga dengan RM2.08 seliter, itupun nasib baik PH hura-hara, kalau tidak 2x5 dengan Najib.

Aku bukan spesis belum dapat kuasa berjanji tiada setitis arak, sekarang jangan katakan arak, kalau bukan jebon Najib mendesak i-sinar jadi i-malap.

Bukan melekehkan Pas, senaraikan siapa pemimpin Pas yang memberi saranan untuk membantu rakyat?

Bila Pas bergabung dengan Umno, hilang sudah kafir pada parti ini. 

Semua ini persepsi memburukkan umno, walhal umno, pas, pkr, dap dari lubang taik yang sama.

No comments:

Post a Comment