Friday, May 14, 2021

jangan mencintai dunia

Bila agaknya Palestin akan aman? 

Teringat kisah wahyu terakhir, sahabat Nabi (ﷺ) menangis. Bila agama telah sempurna maka Nabi (ﷺ) akan meninggalkan para sahabat. 

Tanda² akhir zaman hampir siap, malah apa yang difirmkan dalam Al-Quran seperti badan firaun akan menjadi pelajaran umat selepasnya juga sudah ditemui. Ini membuktikan kebenaran Al-Quran.

Jika pembebasan Palestin situasinya sama dengan lengkapnya Islam diturunkan, maka akhir zaman itu dalam proses.

Bencana covid bukan taranya dengan kesengsaraan akhir zaman. Jika covid adalah permulaan, hari mendatang akan penuh liku tapi ianya permulaan satu kebangkitan. 

Dengan keadaan Islam sekarang, tentera mana mampu mengalahkan Israel?

Al-Qassam bukan tandingan israel, bukan meremehkan tapi hakikat. 

Saudi dan arabian mula kebaratan, jika tidak begitu tidaklah Imam Mahdi akan menguasai Mekah dan Madinah. Jika tidak ada pertelingkahan penguasa di Madinah tidaklah Madinah akan sunyi.

Bila masanya, itu rahsia Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى).

إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ

Maksudnya: “Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan”. [Thaha:15]

Istanbul bersendirian.

Persediaan untuk akhir zaman, mental perlu kuat, akidah perlu dijaga.

Jangan taksub dengan teori akhir zaman apatahlagi freemason. Tapi fikiran kritikal baik untuk meneliti sinopsis perjalanan dunia.

Apa tujuan NWO kalau bukan untuk melepaskan dajjal.

Kuil ketiga atau  Haikal Sulaiman Ketiga yang mahu dibina oleh Isreal kurang dibicarakan, tapi pembinaan kuil ini tidak akan diredhai Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) seperti mana yang pertama dan kedua.

Jika Al-Qassam tidak berkemampuan, Turki satu-satunya negara Islam yang kuat dan tidak bersekekutu dengan isreal. Jika Turki menghantar bantuan ke Palestin, ada kemungkinan Istanbul akan bergolak angkara tangan ghaib.

Ibarat kata ustaz, cinta dunia penyakit akhir zaman.

Turkey bukan hanya mahu Kuala Lumpur dan Jakarta mengecam serangan israel tapi mahu bantuan yang sewajarnya kepada Palestin. Mungkin Malaysia menghantar bantuan, tapi amat² terhad.

Negara arab semua sudah kaya dan selesa, mereka memilih berkecuali. Sebab itu Kuala Lumpur dan Jakarta diseru oleh Erdagon. Jika Muaamar Ghadafi masih hidup, kemungkinan Libya sudah ke depan. Sebab itu Libya dan Saddan Hussin awal² lagi dihapuskan. 

Puzzle.

Kenapa Yaman diperangi?

Ada ustaz menulis, tentera terawal akhir zaman dari Iraq, Yaman dan Syam (syira). Kebetulan ketiga-tiga negara ini berperang. Dan kebetulan juga arahnya selari dengan 3 penjuru kiblat. 
Ibnu Hawalah, daripada Nabi SAW, baginda bersabda bahawa ada tiga tentera di akhir zaman nanti iaitu tentera Iraq, Yaman dan Syam. Lalu sahabat bertanya; “Pilih yang mana?”. Nabi berkata, hendaklah engkau bersama dengan tentera yang berada di Syam. Hadis ini diriwayatkan oleh at-Tabrani.
Tidak pasti hadith ini sahih atau tidak.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0544.
Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah. saw. pernah mendoa: "Wahai Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan  Yaman!" Tanya mereka (para sahabat), "Nejd, bagaimana ya, Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Wahai, Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan  Yaman!" Tanya mereka, "Nejd, bagaimana ya,Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Di sana akan banyak terjadi gempa bumi dan berbagai macam bencana. Dan di sana akan timbul juga kurun syaitan."

Bilamana israel mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibunegara dan menceroboh masjid Al-Aqsa mungkin perasaan itu sama dengan umat ketika pembebasan kota konstantinopel oleh Sultan Muhamad Al-Fatih. Dunia tidak lama lagi akan berakhir.

Mungkin...... tapi...

Pada waktu itu, di tanah arab belum ada bangunan tinggi, bukit belum berlubang, bayang Al-Sa'ah juga belum menutupi bayang kaabah. 

Seperti puzzle, kejadian akhir zaman pada sisi masa yang sama. Yang belum berlaku pasti akan berlaku seperti perebutan kuasa di Arab Saudi.

Cuma ketika ini agak sukar membaca geopolitik dunia. 

India, China, USA, Eropah dan Rusia.

Siapa mata sepet yang dimaksudkan dan ada hadith (taraf hasan) yang menyatakan,
Dua kelompok dari umatku yang diselamatkan dari api neraka oleh Allah itu mereka yang berperang melawan India dan yang nanti masih hidup menemui Isa bin Maryam As.
Setelah amerika habis diperkudakan oleh yahudi, mereka akan memihak blok komunis. Mungkin skripnya begini. 

Jika Turki menghantar tenteranya ke Palestin, Amerika akan menyerang Turki dengan mencipta fitnah atau menaja kudeta. Bila amerika sudah lemah, yahudi akan memilih blok komunis. Dua ayam laga dalam satu gelanggang.

Maanfaatnya bila Rusia membantu Turki, mereka  akan membelanjakan wang dan pada masa yang sama ekonomi usa semakin tenat. Bukankah ada hadis, muslim akan berpakat dengan puak romawi?

Kemungkinan Usa akan berpakat dengan romawi hanya bila mereka sudah lemah, tidak mampu melawan Rusia mahupun China yang bakal ditaja oleh israel. Pada masa yang sama amerika berpakat dengan muslim kerana mahu membalas dendam dengan israel.

Peperangan ini belum perang Al-Malhamah Al-Kubra. AL Mahdi sahaja yang boleh memimpin peperangan terbesar.

Mengapa tiada Iran?

Iran adalah sebahagian daripada israel, bermuka-muka sifat wajib syiah. Sebab itu negara ini antara yang terawal akan ditawan oleh muslimin.

Dimana negara Islam yang lain. Lihat la negara Islam sekarang. Tiada yang kuat dan banyak mencintai dunia. Kepesatan UAE, China mahupun Qatar, semuanya tajaan yahudi semata-mata mahu merealisasikan  hadith² demi keluarnya dajjal. 

Pokok dajjal sudah melata di israel, istana dajjal sudah terbina, istana Muhammad (ﷺ) sudah berwarna putih, ramai yang sudah mati seperti kambing......... jangan mencintai dunia.

No comments:

Post a Comment