Sunday, May 9, 2021

Sekejap sana pkp, sekejap sini pkp

Tahun kedua beraya dalam rumah bukti kerajaan gagal menangani covid. PKP 2.0 hanya tidak boleh merentas daerah tapi masih ramai boleh merentas atas pelbagai faktor termasuk kluster kayangan.

Contoh, orang Selangor pergi Kelantan atas fakror kerja tapi mereka membawa covid. Kesudahannya pkp 3.0 semua beraya dirumah sendiri mendengar dendang perantau.

Kerajaan berpendirian pkp 2.0 mampu bertahan sehingga vaksin selesai, sibuk dengan kempen antivac yang berjuta sudah mendaftar kau tak disuntik lagi.

Semua orang perlukan ekonomi dan hubungan manusiawi tapi apa jua alasan selesaikan dulu covid baru boleh bangkit.

PKP penuh memang rugi tapi kerugian sekarang jauh lebih rugi dari pkp penuh. Pelabur luar dah lari dan makin banyak bisnes melingkup.

Mungkin kerajaan membuat keputusan ini atas dasar politik. Hanya Muhyiddin yang tahu niatnya sebenar kerajaan.

Jika ditanya kalau kau hebat apa kau nak buat?

Simple je, kalau ekonomi dijadikan mengapa pkp tidak serupa pkp, pakaikan gelang sahaja mereka contact rapat dan kawan contact rapat. Tak perlu swab. Swab hanya yang bergejala.

Sekarang pun KKM sudah memakaikan gelang tanpa swab, jangan kata idea ini bodoh.

Sekolah, universiti tutup, buka hanya ada keperluan.

Dah setahun kerja dari rumah, boleh je buat kerja dari rumah. Kadang² bos je lebih², semua nak anak buah datang ofis dia nak pantau. Sebab biar semua tahu dia bos.

Ambil contoh pekerja site. Kalau balik pukul 4 pagi, bos nak tengok muka staffnya pkl 10 pagi di pejabat. Mereka kata, pagi itu dia ot, syarikat dah bayar gaji. Apa!! apa kau ingat untuk kerja hari seterusnya tidak boleh whatsapp atau emel? Kalau pekerja dah lama kerja, dia tau dah apa nak dibuat.

Pendidikan kita diteraskan dengan peperiksaan, bila jadi bos mereka akan ikut buku atau mereka ini bila berjawatan akan bossy. 

2021 kerja adalah output bukan punch 8-5.

Syarikat ada peraturan, so ikut je la, kalau tak selesa makan gaji kerja sendiri. Itulah bossy.

No comments:

Post a Comment