Saturday, July 30, 2022

Pakar IT pakar ekonomi

Kejayaan Jokowi menyiapkan HSR mendapat pujian rakyat Malaysia. Situasi itu mereka mengambil kesempatan menyindir kerajaan bahawa ketika ini negara seberang mendepani kita dalam banyak perkara.

Kenapa Tun Mahathir selamba badak berani memberi ulasan SOSMA zalim tahan orang tanpa bicara.

Gaji menteri naik adalah topik sembang bila kenaikan harga barang atau bunga bank dinaikan.

Penulisan ini seperti ini memang haprak, tidak seronok dibaca atau apa yang kau cuba nak cakap haa...

Tidak ada satu perkara pun nak diulas walau aku boleh menulis berkajang dengan satu topik di atas. Aku dah bosan atau rasa bodoh melayan mulut orang,

Aku tidak menolak pendapat orang tapi bilamana pendapat itu lahir berasaskan pada parti politik bagi aku tidak ada yang menarik untuk didengar.

Isa vs sosma mana lebih kejam?

Manifesto menghapuskan tol tapi apa yg dilakukan melanjutkan konsesi dan ianya diterima baik. Pembinaan HSR dibantah tapi bila orang lain buat kita puji melambung. lol.....

Kalau Jokowi jadi PM kita dia sendiri tidak dapat melakukan apa-apa, sebab rakyat kita semuanya bijak-bijak belaka.

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup sudah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi............

No comments:

Post a Comment