Sunday, May 30, 2021

Siapa Gagal?

Bila tentera membuka hospital dan kontena diperlukan menyimpan mayat, situasi itu membuktikan kesihatan kita sudah ditahap kritikal.


Bukan menuding siapa gagal, covid perlu dikekang dengan menggembleng semua pihak. Tiada pihak akan mengaku siapa gagal.


Jika kesesakan di jalan rakyat dituding, apakah kerajaan tidak sedar semua sektor ekonomi sedang aktif? Jika berlaku rentas negeri dengan surat kebenaran, apa isunya? Mereka ada justifikasinya sendiri dan jika berlaku ketirisan, siapa yang meluluskan?


Dilarang berhimpun tapi PPV sesak, tempat untuk swab sesak. Ini program kerajaan, masakan kerajaan tidak alert perkara seperti ini. Mengapa tidak memperbanyakkan tempat bagi mengurangkan kesesakan?

Kalau mahu 100% rakyat patuh seperti robot mungkin undang-undang korea utara perlu dibuat. Menonton video korea selatan hukuman tembak mati 16 tembakan. Dah mati tembak lagi, begitukah?

Wei, penjara kita pun sudah sesak. Itu bermaksud rakyat kita ada memang ramai yang tidak patuh. Normal la kalau ada yang tidak patuh. Yang maksum itu Nabi, yang tidak membuat dosa itu malaikat.

Kerajaan menyarankan pengambilan vaksin tapi penghujung Jun kuantiti vaksin yang diperlukan tiba. Then salahkan rakyat tidak mahu mengambil vaksin?

Mengapa baru sekarang membenarkan pihak swasta membeli vaksin sendiri?. Bukankah semakin ramai rakyat mendapat vaksin menghasilkan gelembung hijau?

Pengarah kesihatan Terengganu seperti sudah koyak, mungkin dia stress. Mengunjungi Mall rakyat salah, tapi mall dibenarkan. Kluster rakyat total baru 2000 kes berbanding dengan 558,534 kes atau kluster tempat kerja lebih ramai, kenapa kau menghighlightkan kluster kecil?

Memang benar kluster raya memburukkan keadaan, tapi sebaiknya jangan menyorokkan perkara sebenar. Berkatalah benar walaupun pahit.

Total lockdown.

Akhirnya setelah 90 kematian sehari, juara dunia berbanding rakyat, kerajaan mengumumkan total lockdown. Tidak setuju tapi akhirnya akur dengan data. 

Jika berbuat awal mungkin kita sudah menghasilkan keputusan lebih baik walau sesungguhnya Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) Maha Perancang.


Meeting 3 kali seminggu, mereka meeting apa?

Kemasukan varian uk, afrika dan india, salah rakyat?

Bukan masanya untuk menuding siapa salah tapi kerja perlu pantas. Selain dari makanan dan keperluan, hanya kerja mendesak (selenggara dan essential) dibenarkan. Cukup dengan 21 hari berdasarkan inkubasi covid India. Jika KKM seal semua contact rapat dan rakyat menjadi mata-mata, ada sinar di hujung terowong. Tapi hulurkan sedikit bantuan dan kuasa yang ada untuk memberi moratorium, 3 bulan sudah memadai. Kalau kwsp masih berkemampuan untuk memberi i-lestari, lakukanlah.

Cukup cukuplah menuding siapa gagal.

No comments:

Post a Comment