Frontliners mengeluh, ye mereka terlalu penat. Siapa yang pernah memakai baju ala² angkasawan tahu bagaimana azabnya walaupun hanya 10 minit.
Membaca komen² dalam socmed ramai menjadi penceramah pengawalan wabak. Tangan jalan dulu baru akal berfikir.
Laki atau isteri engkau tak keluar kerja? Yea, kalau suami isteri penjawat awam memang sedap mengomen. Silap haribulan hujung tahun boleh tambah kereta.
Ingat kereta di jalan² saje² nak habiskan minyak kereta? Kalau kita sendiri keluar untuk mencari barang keperluan atau urusan kehidupan, orang lain ada orang suapkah?
Darurat kesihatan sepertinya KKM hanya menjadi perisai. Indusri yang melibatkan rantaian keperluan kehidupan manusia atau haiwan, industri ini perlu dibenarkan.
Apa kewajaran kilang elekronik dibenarkan? Sektor ini melibatkan ramai pekerja terutama warga asing, kerana kepentingan global survival negara dipertaruhkan?
Kita maklum cara kehidupan pekerja asing, mampukah mereka mengekang penularan?
25 kluster baru diumumkan hari ini, separuh klauster terdiri daripada industri dan ia sudah berlarutan sejak pkp tahun lepas. KKM tidak menekan kluster pendidikan, tapi kluster ini juga menyumbang kepada angka jangkitan dan spora dalam komuniti.
Pembinaan mega masih diteruskan sedangkan jika ditangguhkan sebulan kita tidak akan mati. Satu industri akan membawa rantaian, jika masih membenarkan industri yang tiada dalam keperluan hidup, akan ada pkp pkp.
Tenaga, telekomunikasi, air semuanya perlu ditahap minima. Jangan nanti telekom korek jalan untuk menanam kabel bagi membekalkan unifi sedangkan apa yang perlu ialah penyelenggaraan terdesak atau memperbaiki kerosakkan.
Kuasa penuh di MiTi takut sekali hello, semua dibenarkan.
No comments:
Post a Comment