Walaupun kita tidak mahu perang tapi sepertinya perang tidak boleh dielakkan. Ini kerana Ukraine berkeras mahu menyertai NATO.
Mungkin Ukraine berkeras menyertai NATO kerana US ada memberi jaminan keselamatan dan ekonomi. Buktinya Ukraine belum menjadi anggota gabungan tapi bantuan sudah diberikan.
Keputusan adalah ditangan pemimpin Ukraine samada mahu menjadi jagoan ayam laga atau menjadi ayam betina.
Rusia belum menyerang mungkin kerana sekutunya masih dalam perkiraan. China, Iran, Korea Utara adalah negara sahabat baik.
Apa perkiraan China.?
Mungkin China sedang mengira kekuatan ketenteraan samada peperangan itu memberi pulangan atau menjadi mangsa, langsung tidak memberi maanfaat.
Contoh, peperangan memerlukan kos dan apakah faedahnya untuk dia masuk campur?
dah bosan menunggu. |
Jika China yakin Iran dan Rusia mampu melelahkan US maka China akan membantu dan mengambil kesempatan menyerang Taiwan.
China hanya akan berdepan dengan tentera Taiwan dan Jepun. US dan eropah barat tidak akan memberi ketumbukan yang lebih besar di Taiwan kerana mereka sibuk dengan perang di Ukraine.
Jika ianya terjadi adakah Korea Selatan akan masuk campur? Jika Korea Selatan mengambil tempat dia akan berisiko menghadapi serangan Korea Utara.
Perang Eropah.
Sebelum ini negara Islam yang diperangi, sekarang biarlah mereka berperang sesama sendiri. Tetapi jika China mahu memperluaskan kuasanya di Laut China Selatan ada kemungkinan Indonesia tidak akan berdiam diri.
Sebenarnya jika perang itu hanya melibatkan eropah barat dan timur keuntungan itu akan berpihak kepada negara Islam. Perang akan mengorbankan nyawa dan harta benda dan sekarang biarlah mereka rasa peritnya peperangan.
Jika negara Islam di Asia Barat dipalitkan untuk memerangi Iran, perang dunia tidak boleh dielakkan. Dalam hal ini sepatutnya negara arab tidak menjadi pekakas US tapi realitnya selama ini negara arab adalah ternakan uncle sam.
Israel jua terlepas dari perang dunia ke-3.
Rusia-China.
Gabungan ini amat ditakuti oleh eropah barat. Selama ini tentera Us banyak dibantu oleh Nato untuk menyerang negara yang tidak mempunyai kekuatan tentera. Tapi kali ini seteru mereka bukan seperti Iraq.
Selain Us dan Britan, France, Germany, Canada, Italy, Spain adalah antara negara yang sedikit mempunyai kekuatan ketenteraan. Kekuatan tentera mereka banyak dibantu oleh kejuruteraan senjata. Tapi perlu diingat bahawa senjata Rusia China adalah setanding dengan mereka. Jadi kalah jadi abu menang jadi arang.
Turkey negara Islam dalam sekutu Nato. Sebagai ahli gabungan Turkey tidak ada pilihan untuk menyertai peperangan ini. Tapi perlu diingat bahawa banyak negara bekas kesatuan Soviet masih memihak kepada Rusia. Sedikit sebanyak peperangan ini akan lebih seimbang.
Apa yang diharapkan dalam perang ini ialah Malaysia perlu berkecuali tapi jika China memasuki wilayah negara, bagaimana?
No comments:
Post a Comment