Thursday, February 17, 2022

bukan reform tapi recycle

Undi 18 membawa kelebihan kepada Syed Saddiq. Ramai yang menyokong kerana pengaruh rakan sebaya dan pengaruh medsos.

Contoh.

Pemberian tablet 400 unit dan bantuan banjir. Ramai je MP memberi bantuan kepada penduduk kawasan, bezanya dia havoc seperti selebriti. 

Pada remaja dan mereka dari golongan kurang membaca maka kita akan lihat dia berkarisma dan berwawasan. Tapi pada aku jika dinilai dengan isu yg dibawa, aku hanya boleh simpulkan walhasil balik asal. 

Jika sebelum ini politikus dibela oleh taikun, apa beza dia dengan politikus sebelum ini?

Pada dasarnya semua orang mahu kita maju tapi hakikatnya politik negara terbelit dengan isu kitar semula. 

Contoh.

Berapa lama isu 1mdb? kroni, lompat parti, hutang negara dan banyak lagi isu lapuk yang di ulang semula. 

Atmosfera politik tidak berubah dalam tempoh 10 tahun. Dalam tempoh itu kerajaan hanya menangani isu remeh. Keadaan ini seperti Myvi, tukar spoiler, touch up skit-skit agar ia nampak relevan.

Mungkin... mungkin akan datang konsep ini akan dipraktikan oleh kerajaan.

Gaji minima akan dinaikan tetapi akan berlaku penjimatan kos dari segi subsidi, kesihatan, penswastaan badan kerajaan seperti Mardi, JPJ, PKNS atau industri tenaga akan diperluaskan.

Contoh.

Konsep Telekom akan diperluaskan kepada TNB dimana syarikat kroni boleh menyewa infra TNB. Mardi atau tanah² yang dimiliki oleh Jabatan Pertanian akan dibangunkan melalui usahasama swasta. Yang dapat ialah kroni juga. PKNS banyak tanah, tidak mustahil ia akan menjadi pilot project kepada jabatan kerajaan yang mempunyai aset tetap.

Adakah orang terdahulu tidak terpikir konsep ini?

Kebodohan orang dahulu (mak nenek kita) tanam durian untuk anak cucu, bukan untuk diri sendiri. Orang sekarang dapat harta jual. Tapi bila hak sendiri semakin terhakis, dia akan acah² menangis. 

No comments:

Post a Comment