Orang Malaysia melihat potensi Indonesia akan membaham Malaysia. Bagi aku, lucu banget sih kamu nih.
Indonesia bukan bangkit semalam atau tahun lepas. Sudah 10 tahun Indonesia sudah membuka rentas untuk ke Nusantara Kalimantan. Titiknya bermula dari Presiden Bambang dan kebetulan Jokowi menang Pilpres (pru). Sosok ini amat penting dalam memacu terus apa yang dilakukan oleh bapak Bambang.
Contoh wibawa mudah (kepimpinan).
Kemenangan Pilpres 2019 terjadi rusuhan di Indonesia tetapi dengan cepat Jokowi mengangkat lawannya (Probowo) menjadi menteri pertahanan dan bukanya jawatan duta bertaraf menteri. Budgetnya boleh beli jet pejuang, kapal perang dan segala macam keperluan ketenteraan.
Selepas kemenangan Bambang Yudhoyono politk Indonesia amat stabil dan rasuah sedikit menurun dan semakin baik dibawah Jokowi.
Kerana karektor Bapak Bambang agak sedikit perlahan, aku menjangkakan Indonesia akan mengambil masa 10 tahun untuk menjadi gergasi ekonomi asia. Itupun jika Bapak Jokowi menang Pilpres selepas Presiden Bambang.
Kenapa aku memilih Jokowi dan tidak memihak Jusof Kalla, hati aku berkata begitu. Mungkin aku melihat karektor Jokowi lebih agresif dan progresif berbanding dengan Jusof Kalla.
Tekaan aku tidak salah. Dalam penggal pertama pentadbiran Jokowi, dilihat dia mahu projek highwaynya terus berjalan dan satu persatu masalah diselesaikan. Malah banyak pentadbiran kerajaan yang sumbang ditambah baik serta semua menterinya bagus berbanding menteri di Malaysia sekarang.
Jika Jusoff Kalla dipilih menjadi presiden, mungkin Indonesia tidak berkembang pesat seperti sekarang. Oleh kerana Indonesia seperti amerika dimana presiden tidak boleh melebiihi 2 penggal, kemajuan Indonesia bergantung kepada kemampuan penggantianya.
Jika Indonesia memilih Bapak Probowo sebagai pengganti presiden, ada kemungkinan kebangkitan Indonesia akan sedikit terbantut.
Seorang Presiden perlu energetic dan berwawasan.
Politik Indonesia semasa dan selepas Bapak Bambang amat stabil, rasuah berkurang, pentadbiran semakin cekap, performance menteri begitu baik, banyak projek on time dan yang paling penting prestasi pesaing (Malaysia) semakin jatuh maka banyak pelaburan (beratus bilion) masuk ke Indonesia. Oleh sebab itu kita melihat Indonesia ke depan berbanding negara kita.
Kemunculan Indonesia menjadi seteru ekonomi kita hanya pada mereka yang suka politik. Kalau Jepun boleh tukar PM sebulan sekali, kenapa kita tidak.
Cabaran baru politik ialah menentukan masa depan bila mana 18 tahun boleh mengundi. Umur 17 tahun sibuk dengan tuisyen SPM, tiba-tiba disuruh mengundi untuk memilih pemimpin negara.
Secara peribadi, tidak mengharap apa-apa, letih mengingat nama presiden parti yang semakin ramai.
No comments:
Post a Comment