Tidak rasmi BN menang PRN Johor. Hatters BN begitu marah dengan orang Johor kerana masih menyokong kluster mahkamah.
Peratusan mengundi sekitar 50%, bermaksud pengundi luar tidak balik untuk mengundi. Ancaman Covid dan muak dengan politik antara sebab mengapa PRN Johor lesu.
Bagi aku, siapa pun yang menang ia lebih adil kepada pengundi tempatan. Orang KL tidak sepatutnya menentukan halatuju orang tempatan. Walaupun kau lahir di Johor kau bukan hidup di Johor. Susah senang orang Johor yang hadapi.
Pasca PRN.
PH khususnya DAP kehilangan beberapa kerusi. Mungkin orang cina tidak keluar mengundi, takutkan covid dan ada faktor protes. Dari walkabout sebelum hari mengundi, mereka memberi crowd pada BN.
Di kawasan sedikit bercampur, pengundi bukan melayu akan menjadi penentu kemenangan. Atas faktor ini BN mendapat kelebihan.
Kemenangan BN sebenarnya sudah dijangka oleh seteru mereka. Sebab itu awal² lagi mereka menolak PRN. Sebagai pembangkang, pembubaran adalah saat yang dinantikan untuk menjadi kerajaan.
Point yang kedua, dengan memetik kata-kata pemimpin DAP ketika ini sebagai saat sukar, jadi mereka sedar mereka semakin defesit sokongan. Mungkin pada awalnya mereka hanya mengjangka kerosakan pada kerusi PKR, bukan kerusinya sendiri. Tapi setelah hari berkempen mereka sedar defesit sokongan sudah membesar ke kubu sendiri.
Hatters umno masih meratib Najib. Najib ditakuti kerana walaupun sudah didapati bersalah sokongan kepada Najib semakin meningkat, mengatasi populariti pemimpin lain termasuklah sosok hari ini menang, esok minyak akan turun.
Di kedai kopi, pasti orang akan cakap nama Najib. Lucu deh, ingatkan penyokong umno je yang sebut nama Najib, tapi bila kau sendiri sebut nama Najib, memang Najib popular la.
Kenapa sokongan Najib semakin meningkat. Hatters² tidak akan memahami kerana mereka hanya tahu Najib songlap duit billion biliion. Mereka akan kata penyokong Najib bodoh.
Adakah kata "bodoh" itu kerana kau rasa kau seorang yang wise? Jawapannya tidak sebab kau fikir kau sendiri betul. Kau fikir orang yang memberi sokongan kepada Najib tidak tahu 1mdb?.
Hatters umno dari Melaka dan Johor, adakah kau nak kata orang kg termasuk keluarga sendiri bodoh?
Fikir cara akademik kau baru tahu kenapa Najib semakin popular tapi kau nampak hanya 1mdb. Okeyy. Good luck untuk pru nanti.
No comments:
Post a Comment