Calon dari DAP menyangkal bahawa mereka diperalatan oleh parti itu. Sesuatu dasar atau misi susah untuk dibuktikan dengan kata-kata, ianya hanya boleh dinilai dari fakta. Sebab itu soalan DAP membawa agenda komunisme senang disangkal oleh mereka.
Komunis adalah satu dosa besar dalam undang-undang negara, jika mereka mendokong atau membawa agenda itu boleh lapor pada pihak berkuasa. Mudah bukan DAP menjawab soalan itu walhal sejurus mereka menguasai kerajaan, gerakan pertama mereka membawa abu mayat Chin Peng. Kalau mereka tidak membawa agenda itu apa perlunya kepulangan abu itu ke dalam negara ini?.
DAP ini adalah serpihan daripada PAP SIngapore dimana pentadbiran PAP Singopore tidak membenarkan orang melayu menganggotai peringkat tertinggi kerajaan. Presiden melayu tidak lebih dari pupet yg tidak mempunyai kuasa pentadbiran, so jangan dijadikan contoh.
https://fb.watch/gN01mzbHMU/
Satu rakaman yg mana suaranya mirip Rafizi kenapa harus orang melayu sangsi dengan dengan DAP kerana ianya berasas. PKR sendiri tidak mempercayai parti itu kerana sejarah parti itu sanggup berpaut dengan sesiapa sahaja demi mencapai agendanya. Apa yg dikatakan oleh Rafizi tidak salah, orang melayu tidak prejudis pada non malay parti PKR, tapi kenapa dengan DAP sahaja?.
Yang kedua, Zuraida ada memberi kenyataans mereka (PH) gagal kerana pakatan mereka terdiri dari pelbagai parti yang mendukung agenda pari masing-masing. Disini kita boleh simpulkan bahawa PH bukanlah parti pilihan kerana gabungan parti ini sering berkecemuk sesama mereka.
Semua parti akan bertelagah semasa penamaan calon, itu biasa. Tapi pertelagahan perebutan kuasa dalam PKR seperti tiada kesudahan. Adakah kerana tidak pernah menjadi menteri maka sukar untuk mengapdatasi pentadbiran kerajaan?
Walaupun pentadbiran kerajaan ada tatacara, ini bukan masalah utama. Kalau tidak silap, 19 KSU ditukarkan kerana tidak menepati citarasa mereka. Kenapa?.
Jika seorang dua mungkin ada asasnya tetapi bila semua ksu pening kepala itu membuktikan mereka (PH) mahu menjadikan kerajaan ini seperti syarikat sendiri, ini masalahnya.
Kenapa pembangkang (BN) boleh meramalkan bahawa kerajaan ini akan jatuh tidak sampai sepenggal walhal Mahathir seorang yg cukup berpengalaman?.
Kebanyakan penyokong parti hanya mendengar dari kempen parti masing-masing. Jika ada pun mereka menafikan atau menelan fakta jika ada yg tidak kena. Contoh, dalam pru yg lalu jelas ramai pemimpin DAP menyatakan berikan mereka mandat untuk berkuasa dan mereka akan swing (tanama/mengubah) dasar kerajaan mengikut acuan mereka.
Apa acuan mereka?
Ini yg harus kita tahu. Mereka membawa dasar Malaysia Malaysia itu hak sama rata. Bahasa mudah, tiada lagi quota atau DEB. Tetapi mereka gagal kerana ketika itu Bersatu ada dan parti samada tidak tergamak atau takut hilang kuasa kerana sudah kalah 6 prk termasuk di Tanjung Piai dimana orang cina sendiri menolak PH.
Faktor kejatuhan PH adalah kerana mereka tiada kesepakatan dan mereka mempunyai misi masing-masing. Yang kita dengar adalah ceramah politik, bukan agenda mereka. Contoh, ada satu usul dari pemimpin DAP untuk menggunakan duit PNB, apabila dibidas bahawa duit itu adalah simpanan maka niat itu terhenti.
Mysalam peduli rakyat tapi apabila kerajaan (PH) ketika itu mahu melaksanakan REIT dalam sektor kesihatan itulah jawapan sebenar kesinambungan cerita.
REIT ialah menswastakan bangunan kerajaan, sewakan hospital kepada pihak swasta dan sudah pasti pihak ketiga itu akan mengenakan caj bayaran kepada pesakit. Itulah perlunya Mysalam utk B40 manakala M40 ke atas perlu mengeluarkan wang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.
Memilih kerajaan perlu perhatian, bukan mendengar cakap orang politik. Mereka kata parti mereka parti derita tapi sebenarnya aset pemimpin mereka berjuta. Jika salah pangkah, yang terus menderita ialah kita juga.
Mereka tidak bersongkok tapi mereka lebih ekstrim dengan menghantar kitol bagi mewakili agenda mereka. Yang kaya kitol dan yang lebih kaya pemilik parti, penyokong hanya mendapat derita.
No comments:
Post a Comment