Pru kali ini menyaksikan banyak kerusi pertembungan pemimpin nama besar, contohnya kerusi Tambun yang ditandingi oleh Anwar dan Faizal Azumu.
Biasanya PKR menang di kerusi 40% pengundi bukan melayu, contoh Port Dickson. Bumiputera di Tambun mencecah 70% dimana ianya bukan kerusi yang selamat bagi sesiapa yang menjadi calon PKR.
Jika bukan Anwar, PH boleh kehilangan kerusi ini. Keputusan pru yang lalu tidak boleh menjadi tanda aras kerana pru yg lalu umno ditolak.
Pru yang lalu Pas bergerak solo dan mendapat 15k undi sementara PH mendapat 39k, BN 33k undi. Pengundi Umno dan Pas masih sama tapi bersatu sudah keluar dari PH.
Jadi, PH menang kerusi di kerusi melayu (Tambun) adalah kerana mereka mendapat undi melalui Bersatu.
Congak undi.
BN 33k - 3k (2k PH 1k PN) = 30k undi
PH 39k - 7k (1k BN 6k PN) =32k undi
PN 15k + 7k undi = 22k undi.
Jadi BN 31k, PH 34k undi PN 22k undi.
Anwar masih mendahuli undi tapi bergantung dengan swing ahli umno yang mengundi Bersatu pru lalu samada ke PN atau menyokong Anwar atau kembali kepada umno. Jika PN berjaya menarik lebih ramai pengundi PH majoriti Anwar akan merosot.
Kalau penyokong umno yg protes tidak menyokong Anwar silap haribulan calon BN boleh menang kerusi ini. Kena ingat, penyokong Bersatu tempohari ialah orang umno.
Jadi kerusi ini tidak selamat bagi calon perdana menteri. Isu rasuah, Najib isu ini untuk penyokong pembangkang.
No comments:
Post a Comment