"apa bezanya antara 1malaysia dengan malaysian-malaysian Dap".. tak terjawab aku dengan soalan tuh. Aku ada membaca spt di blog Datuk Kadir Jasin dimana 1malaysia ditunjangi 3 perkara. Tapi aku tak percaya akan apa yang diperkatakan oleh Najib kerana keadaan sekarang menuntut pelbagai pembaharuan.
Aku pernah kata, kalau umno mahu terus memerintah, mungkin umno terpaksa membuka DEB atau umno terpaksa memperjudikan untung nasib bagi pru akan datang. Keputusan Bukit Gantang memungkinkan Najib terpaksa membuka DEB perlahan-lahan. Seperti yang diketahui, hari ni kerajaan mengumumkan dasar liberalisasi sektor perkhidmatan. Istilah mudah hak sama rata untuk semua bangsa.
Kalau pengumuman kabinet baru, Najib seperti menghapuskan MDEC, minggu ini sektor perkhidmatan dan minggu depan Najib akan mengumumkan liberalsasi untuk sektor kewangan. Kalau sektor pendidikan juga di buka, bersedialah menghadapi seperti ini, Mummy Rokiah.
Itu baru acah dah mengeluh, walhal cabaran untuk membuka pintu DEB jauh lebih mencabar. Seperti mana aku katakan dulu, Orang akan salahkan umno atau kerajaan, tapi dari segi hakikat melayu lupa bahawa..... merekalah melayu yang lupa daratan yang menggadaikan segalanya.
Mereka kata mereka inginkan perubahan, mereka kata.. DEB menguntungkan kroni, mereka kata DEB ini membantutkan melayu..... aku rasa banyak lagi hujahnya. Aku terima hujah itu walau ada satu hujah yang amat menarik dimana melayu pernah menguasai seantario nusantara. Ikutlah.... aku ikut majoriti.
Mereka lupa.... Islam pernah melahirkan banyak ilmuan, banyak tamadun Islam tercipta... tapi sekarang dimana Islam..? Islam sekarang hanya mengharapkan orang seperti ini untuk membela Islam daripada terus ditindas. Kita lebih suka dibelai tamadun lampau daripada membina tamadun yang telah lama tenggelam.
Hakikatnya.... walau pahit aku terima juga suara majoriti. Aku harus bersedia menghadapi masa-masa akan datang...... kerna aku yakin, melayu akan maju setaraf melayu Singapore.
/me aku tahu sekarang bos2 melayu orang kerajaan panas bontot, mereka tak naik pangkat tapi cina india diberi keutamaan. Alhamdulliah..... termakbul doa orang melayu.......
No comments:
Post a Comment