Thursday, May 23, 2013

ALLAH itu hak mutlak orang Islam

Inilah orang Pas, tidak menceritakan apa yang benar walaupun  apa yang dikatakan pada  dasarnya memang benar.  Orang arab tidak ada perkataan lain bagi Allah tapi berbeza dengan Malaysia kita ada perkataan Tuhan. 

Tuhan itu Tuhan bagi kata nama umum tapi ALLAH ialah kata nama khusus hanya untuk orang Islam. Orang Islam kalau kata Tuhan, maksudnya ALLAH dan orang kafir bila berkata tuhan, tuhan dia la. Tapi bila sebut Allah, hanya ALLAH Yang Maha Esa.

Jadi sebenarnya tidak timbul orang kafir untuk menggunakan kalimah Allah hanya kerana orang Arab guna kalimah Allah. Sudah terang bahawa tidak ada perkataan tuhan dalam bahasa arab melainkan perkataan ALLAH. ( Ada sejarah kenapa orang arab tidak ada perkataan lain selain ALLAH.)

Situasi kita sama dengan orang barat. Orang kafir barat guna perkataan God, dan orang muslim barat juga guna perkataan God, tapi nama khusus God bagi orang muslim ialah ALLAH dan God kafir... god dia la.

Cuba guna google translate. ALLAH bahasa melayu akan sama dengan God. Sebaliknya bila kita God translate ke melayu akan jadi Tuhan. Sebab God itu bersikap umum. Ibaratnya macam ini. Kita boleh simpulkan God itu nama umum, nama spesifik bagi tuhan dia Jesus (lebih kurang la, aku tak tahu apa nama tuhan dia) dan Tuhan kita ialah ALLAH.  Oleh sebab itu di Malaysia, ALLAH itu hak mutlak orang Islam .




Aku tak berani nak komen apa yang Dr. Asri katakan sebab aku bukan pakar atau ahli agama. Tapi pada minit ke 4.71 Dr. Asri ada menyatakan atau mengaku bahawa itu diolog bersama Tuhan. Tuhan yang dimaksudnya oleh Dr. Asri ialah ALLAH dan Tuhan yang dimaksudkan oleh orang kafir juga ialah ALLAH. Maksudnya Allah yang dimaksudkan dalam 'diolog' itu ialah ALLAH yang maha Esa bukan Allah God. Ini kerana orang kafir tidak ada Tuhan yang boleh berkata sebaliknya kita ada rasul yang menyampaikan FirmanNYA. Mungkin sebab ini di ARAB hanya ada perkataan ALLAH.

Kesimpulanya, memang terbukti bahawa ALLAH itu hak mutlak orang Islam dan bukan agama lain.



removal tool untuk pen drive

Dulu nak buang brontok bapak nya susah. Banyak antivirus aku cuba, alih2 budak melayu gak setle masalah aku. Power gak virus indon ni.. tapi rupanya budak melayu yang terer.



Salam...

Menyampah tak tengok ada shortcut-shortcut hidden dalam hard disk atau pendrive?
Bila di klik kosong.
Delete tak boleh,scan guna anti virus pun masih ada lagikan?
kalau hilang pun hilang kejap.
Lepas shutdown atau remove pendrive,on balik,cucuk balik pendrive masih ade lagi virus shortcut ni kan?hehehe..kesian...hahaha
Biasanya folder-folder shortcut ini bersaiz 2 kb hingga 8 kb.


Maka dengan sebab itu lahirlah seorang anak Malaysia pelajar dari UiTM menghasilkan
virus remover tool ini.

Tool ini telah diguna pakai dengan meluas di negara ini dan tidak terkecuali/hairan juga telah diguna pakai oleh seluruh dunia.



---Mudah saja nak guna tool ini.Cuma perlu download disini dan kemudian klik saja fail itu




---Pilih sama ada mahu buang virus di Pen drive atau Computer






 ---Lepas itu pilih mana-mana device yang mahu di bersihkan kerana ini untuk Pen drive.
Tekan scan dan delete semuanya





---Yang ini pula jika pilih PC.Tekan scan dan delete semuanya. Selesai


**Jika masih ada lagi yang tidak dapat di buang,cuba run tool ini dalam keadaan Safe Mode.**


Perasaan bangga tu muncul apabila kali pertama mencuba sendiri tool ini.
Anak Malaysia yang menghasilkanya mana tak bangga kan?

Nak tahu sape yang cipta tool ni?
klik Help pada muka hadapan tool ini.
klik pula pada about.





Selamat mencuba lah yer!!! (^_^) myhac

melajukan internet


Salam The Hykerz sekalian..heheheh..
(official plak aku guna nama ni untuk Followers blog MyHAC..)

Entry kali ni aku nak ajarkan benda yang senang aje..SANGAT senang..
kita mulakan terus la ye? malas aku nak intro panjang-panjang..takut korang tak terbaca pulak..


Mula-mula sekali Klik:


> Start

> Kemudian klik Run...

> Taip gpedit.msc

> Akan keluar satu tetingkap 'Group Policy'

> Klik pada Local Computer Policy

> Computer Configuration

> Administrative Templates

> Network

> QoS Packet Scheduler

> Kat sebelahnya cari Limit reservable bandwidth,
Klik kanan, Properties, Enabled
(Kalau pakai Window 7, lain sikit 'words'nya..yang aku punya kalau klik kanan, bukan Properties, tapi 'Edit'..)

> Setkan pada 'Bandwidth limit (%)' tu kepada maksimum value iaitu 100

> Selesai!




Troubleshooting


Baru-baru ni aku cuba cara ni pada PC aku di pejabat..kemudian timbul satu masalah apabila 'Group Policy' atau gpedit.msc aku tak boleh digunakan @ tak boleh dibuka disebabkan ada komplikasi dengan ActiveX controls..aduh..aku pun godek punya godek, akhirnya aku pun jumpa la penyelesaian kepada masalah tersebut..nampaknya ia merupakan 'Bug' atau 'Pepijat' yang terdapat dalam fail pengemaskinian (update) Adobe Flash Player..hmm..tengok gambar kat bawah ni:

Errr...gambar ni contoh aje..aku cekau dari google..jadi jangan tanya kenapa bahasa dia ntah apa-apa..



nampak macam rumit jugak la..tapi aku terangkan secara mudah la ya kaedah untuk delete bug @ pepijat tersebut..jangan risau..natang ni bukan virus..cuma ala-ala kesalahan coding aje~

Korang bukak REGISTRY EDITOR daripada Start > Run... > taipkan regedit

korang cari Folder 'Zones' mengikut turutan berikut:

HKEY_CURRENT_USER > Software > Microsoft > Windows > CurrentVersion > Internet Settings >Zones

Cari satu folder yang ada 'Graphic Number', yang biasanya berberntuk segi empat, DELETE folder tersebut..DONE..masalah pepijat tu dah selesai..korang boleh godek-godek balik apa yang patut..
tengok gambar kat bawah untuk lebih kefahaman:



Ini ialah gambar 'Bug' atau 'Pepijat' tersebut



Apabila dah delete, ia sepatutnya akan jadi normal seperti gambar dibawah:



Jadi bila dah delete, korang cuba setting macam yang aku ajarkan tadi ok..
kalau tak laju lagi internet korang, sila rujuk Version Pertama entry ni di sini:


Hack Server Anda! - Tips Melajukan Internet Tanpa Menggunakan Perisian- Myhac

cara melajukan internet

Salam satu cara melajukan internet secara berkesan. Aku cuba cara ini. InsyAllah. 


Salam..entry kali ni aku post khas untuk Eszol a.k.a raar sebab dia yang request entry ni..
(kalau korang nak request kat aku pun tak ada masalah..janji jangan la malu-malu..)
enjoy ok!

Orait..jangan buang masa..mari kita mulakan! :)


# Buka Registry editor.
pergi ke Start -> Run dan taip regedit.

# Setelah tetingkap Registry Editor terbuka, pergi ke key:
HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ CurrentVersion \ InternetSettings. (Perhatian..kalau korang takde forder InternetSettings tu, korang hanya perlu 'create new key' aje..)

# Sekarang klik kanan pada tetingkap di sebelah kanan anda dan tambah satu DWORD Value yang baru.
Tukar namanya kepada MaxConnectionsPerServer.
# Klik kanan pada MaxConnectionsPerServer untuk mengedit nilai Dword.
Pilih sebuah base. Jika Hexadecimal, letak nilainya menjadi 99. Jika korang memilih untuk Decimal, set kepada 153.

# Buat satu lagi DWORD dan beri nama MaxConnectionsPer1_0Server. (korang copy aje la dari sini)
Di sini juga, masukkan nilai yang disebutkan di atas.

# Restart Internet Explorer/Google Chrome/Firefox/dan lain-lain web browser lagi la..
selepas itu, perhatikan kelajuan internet korang..

TRIK UNTUK DNS:

Korang dapat meningkatkan cache DNS dengan Registry Tweak yang sederhana.

# Buka Notepad dan copy-paste
kod berikut dan simpan dengan nama fail dnscache.reg.

Ini adalah apa yang korang perlu salin:



Windows Registry Editor Version 5.00
[HKEY_LOCAL_MACHINE \ SYSTEM \ CurrentControlSet \ Services \ dnscache \ Parameters]
"CacheHashTableBucketSize" = dword: 00000001
"CacheHashTableSize" = dword: 00000180
"MaxCacheEntryTtlLimit" = dword: 0000fa00
"MaxSOACacheEntryTtlLimit" = dword: 0000012d



setelah korang savekan fail notepad tadi (.txt) kepada fail yang dinamakan sebagai dnscache.reg (.reg), fail notepad itu akan bertukar kepada fail registry..apa yang korang perlu lakukan ialah klik pada fail registry tersebut, dan kemudian akan keluar satu tetingkap yang meminta untuk korang sama ada mahu memasukkan registry tersebut ke dalam windows atau tidak..korang hanya perlu klik 'Yes'..semua masalah dah setel..ok? (apa yang penting korang perlu tukar extension fail txt kepada reg..kalau tak nampak extension, pergi dekat My Computer > Tools > Folder Options > View > Hidden files and folders > Klik pada Show hidden files and folders > Un-thick pada Hide extensions for known file types

itu aje..dah nampak extension? itu yang korang perlu tukar..daripada .txt kepada .reg
penting tu..nanti icon fail pun akan bertukar kepada fail registry..buat seperti yang aku bagitau kat atas, setel..omghackers

Wednesday, May 22, 2013

Kerana Zahid Pakatan Kepanasan

Zahid bukan menteri baru, tidak ada sebab beliau hendak bermegah dengan jawatan. Apa yang beliau lakukan adalah tanggungjawab. Kalau selama ini menteri KDN hanya memberi amaran, sebaliknya Zahid membuat pendekatan yang berbeza. No warning action only. 

Kerana tindakan Zahid yang tegas, maka pakatan telah mengubah startegi politik. Kalau selama ini mereka secara terbuka mencabar undang-undang, Sekarang ini ada dikalangan mereka sudah mula menikus. Mereka tidak mahu apa yang berlaku terhadap Nik Nazmi berulang. 

Zahid sudah menunjukkan kewibawaan, bagaimana dengan Najib.? Terbukti polisi politik Najib yang sederhana tidak memberi kesan, sebaliknya pakatan semakin mengukuhkan kedudukan termasuk di Selangor. Ini memberi tamparan kepada beliau kerana beliau ialah pengerusi badan perhubungan Selangor.

Sekarang ini apa yang kurang memuaskan ialah kekerapan kekalahan kerajaan dalam pendakwaan atau tidak membuat pendakwaan terhadap mereka yang selalu mencabar undang-undang. Najib perlu membuat rombakan sedikit pada Jabatan Peguan Negara agar ia selari dengan kehendak KDN.

Sebenarnya Anwar kini dalam keadaan sukar. Projek Malaysia spring tidak mendapat kata sepakat dari semua pemimpin Pakatan. Pas awal lagi menolak projek ini tetapi ada segelintir pemimpin mereka masih memberikan sokongan terbuka.

Hikmah disebalik keputusan Sultan tidak melanjutkan khidmat Nik Aziz sebagai MB Kelantan memberikan kelebihan kepada umno. Legasi Nik Aziz sedikit demi sedikit dihakis oleh kepimpinan baru Pas Kelantan. Jika ia berlarutan, tidak mustahil Nik Aziz tidak relevan dalam politik kebangsaan.

Sentimen rakyat sekarang mahukan kedamaian. Kebanyakan masyarakat melayu menolak politik jalanan. Hanya sebahagian rakyat cina masih dalam keadaan terpengaruh manakala sebilangan lagi sudah mula terasa tindak balas dari masyarakat melayu. 


Kempen boikot yang dilancarkan oleh blogger dan beberapa Ngo membuatkan orang cina mula berfikir dua kali untuk menyerang orang melayu. Memang, mungkin pengeluar barangan tidak terjejas, tapi peruncit cina sudah mula terasa kesannya. Ini kerana orang melayu ada pilihan untuk membeli.

Survival umno adalah bergantung kepada gerak kerja menteri kabinet Najib. Jika ramai menteri gagal memainkan peranan maka umno akan terkubur. Kalau dulu Najib memilih orang cina sebagai anak emas, adakah Najib akan beralih arah kepada orang India..?

/me Jika melayu merajuk, umno tidak lagi relevan

Betul-betul samdol

KUANTAN – Seorang pemuda semalam mengaku keluar mengundi dua kali kerana mahu membuktikan sistem pilihan raya menggunakan dakwat kekal masih boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, Mohd Fadhli Khaharruddin, 23, mendakwa tidak buang undinya kali kedua, sebaliknya berhasrat menyimpan kertas undi SPR dan nombor saluran sebagai bukti bahawa prosedur mengundi dengan dakwat kekal lemah.

Katanya, tindakan untuk keluar mengundi kali kedua dilakukan tanpa disuruh dan dibayar mana-mana pihak sebaliknya dengan rela hati berikutan dakwat kekal di jarinya tanggal sepenuhnya apabila dibasuh selepas undi kali pertama.

“Saya mengundi kali pertama jam 10.30 pagi di saluran 4, peti undi Sekolah Kebangsaan Sungai Isap dan kemudian undi kali kedua pada jam 1.15 petang di lokasi yang sama,” katanya.

“Dengan cara mengundi sebanyak dua kali maka saya boleh membuktikan bahawa sistem pilihan raya masih boleh dipertikaikan,” katanya pada sidang media di pejabat Adun Tanjung Lumpur, semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Adun Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabbar dan Penasihat Undang-undang, Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pas Malaysia, Mohd Aznel Azharudin.

Pelik dengan situasi itu, Mohd Fadhli dari Perkampungan Sungai Isap Damai terus membuat laporan polis berikutan dengan mudahnya  dia boleh mengundi dua kali.

Katanya, dia menggunakan peluntur untuk membersihkan dakwat kekal di jarinya selepas cuba membersihkannya dengan sabun dan ternyata hilang dalam tempoh itu juga.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengulangi proses pengundian sama seperti yang pertama dan mengikut segala prosedur dan ternyata saya melepasi setiap petugas sehingga menerima kertas undi,” katanya.

Sementara itu, Fuziah mendakwa, perkara itu mungkin berlaku di lokasi undi lain.

“Sekiranya perkara seperti ini banyak berlaku, lebih baik mereka SPR mengadakan PRU sekali lagi,” katanya. Sinar


Hahaha... agak-agak la kalau nak buat lawak, Kami bukan pertama kali mengundi macam ko. Adik2 ko boleh la nak temberang. Tak pun macai Pr.. mesti dorang pecaya.  Kalau setakat bawa kertas undi keluar bukan bermaksud boleh mengundi dua kali.

Mengundi 2 kali satu tempat maksudnya berapa ramai ko nak kawtim. Takan la semua kerani spr atau wakil parti tak potong nama. Oleh kerana dia ni org pakatan, masakan wakil umno berdiam diri.

Jika benar dia ada kertas undi maksud telah dia ni terang-terang menyalahi undang-undang pilihanraya dan boleh didakwa. Alang-alang dia dah report polis, maka sewajarnya kerajaan  siasat macam mana dia boleh membawa keluar kertas undi dan kalau boleh,  sabit kesalahan mandotori penjara. 

Pendapat aku, orang yang boleh bawa keluar kertas undi samada orang spr atau kerani yang ditugaskan mengoyak kertas undi. Orang lain agak sukar membuat kerja ini. Tak pun petugas media yang tidak mengeposkan kembali kertas undi.

Hanya orang-orang Pr je yang buat kerja ini untuk membuat isu. Terlalu ramai orang kerajaan yang jadi pembangkang. Jadi mereka inilah yang menjadi dalang merosakkan imej kerajaan. 

Umur 23 kata salarun 4. Tak tahu la aku kalau pengundi dun dia tak ramai. Setahu aku pengundi baru semua saluran 5.


Sumbat je budak ni dalam penjara