Sunday, February 4, 2024

Ilmu sudah ditarik

Trick, scam atau temberang politik.

Sembang hasut rakyat pendidikan percuma tapi dalam manifesto tak tulis. Orang politik sedar bahawa orang tidak suka membaca.

Aku ambil contoh, Menjamin Kebajikan Pekerja.

Dasar gaji minimum.

Rafizi berulang kali sebut kerajaan hari ini satu-satunya kerajaan yg campur tangan dalam urusan gaji. Apa maksudnya? Ertinya kerajaan melaksanaan dasar gaji minimum. Dalam manifesto PH tertera gaji minimum yg tidak berfakta.

Bukankah gaji minimum sudah dilaksanakan sejak tahun 2016 dan ianya juga ditentang oleh PH. Walaupun gaji itu untuk keperluan dapur kita entah kenapa kita menyokong gang Mahathir yang membantah perlaksanaannya. Gile...

Pada tahun 2017 kerajaan (Najib ketika itu) telah melaksanakan SIP Perkeso, tapi ianya tetap dalam manifesto PH. Sekarang PH claim itu dasar mereka. Kerana ini juga orang memaki Najib kerana gajinya dipotong.

Orang kata aku menyokong Najib sebab contoh-contoh ini. Dah memang Najib yg buat takan aku nak kata PMX, Muhyiddin atau Hishamuddin atau orang yg bernama Din.

Manifesto PH dalam pru lalu ditulis dalam bentuk fatamorgana, mungkin sebab ini dasar kerajaan tidak jelas. PH menipu tidak, kamu kena scam dengan air liur. Contoh, Nurul Izzah sering mengetengahkan pendidikan percuma. Jangan cakap hapuskan PTPTN, cukuplah kerajaan cukup menyediakan pra sekolah. 

Kebanyakkan orang fikir TVET ini adalah dasar PH 22 bulan atau selepasnya. Nurul Izzah juga agak vokal dalam pendidikan skim kemahiran. Kenapa aku kata apa yg anak PMX ini seperti tin kosong. TVET adalah dalam kerangka TN50 ilham Najib dalam gelombang IR4.0.

AI adalah sebahagian revolusi IR4.0. Terlalu berat cerita IR4.0 kalau gaji minima atau rasional subsidi dianggap dasar terbaik dari Rafizi. 

Aku dilabel tidak move on tapi di kedai kopi cerita itulah, inilah yg aku kira mereka ini sembang cerita drama politik. Drama tu kan fatamorgana yg kamu selalu sembangkan adalah sembang sinetron oleh mak-mak di kampung.

Pendidikan percuma kerana hutang negara, kritik Najib jadi menteri kewangan tapi dia boleh, ini semua tak masuk akal. Inilah tanpa kita sedar nikmat ilmu sudah hilang didunia, nilai sijil akademik hanya sekeping kertas.

1 comment:

  1. Masalah sekarang hasil dari pembaziran salah guna pentadbiran terdahulu.

    Guna otak dan biar kumpulan orang baru cuba betulkan masalah itu.

    ReplyDelete