Saturday, February 10, 2024

Oh dunia...

Ikut kepala sendiri tapi kata untuk semua. Iman seseorang tidak boleh dilihat tapi perlakuan adalah cerminan iman. 


Berbalik statement untuk semua, kita boleh memilih makanan pilih tapi kadang-kadang kita terpaksa makan apa yg orang pilihkan. Aku tidak memilih Rafizi sebagai menteri tapi bilamana ramai orang memilih dia maka terpaksalah aku menerima kelesuan poket aku.

Dulu jika pemain bola sepak sudah berumur 32 tahun sudah dianggap kuda tua tapi Ronaldo 38 masih menjadi penjaring terbanyak dan Messi mampu mengekalkan Ballon d'Or walaupun dah berumur 35 tahun. Apalah sangat Mahathir menjadi PM walaupun dah berumur 92 tahun kalau Amerika negara maju boleh memilih Joe Biden yg berumur 78 tahun. Di Malaysia pelakon porno mahu diangkat menjadi ikon.

Ada bekas menteri menyindir dulu ringgit jatuh kerana menteri bangang, sekarang dia memulangkah paku buah keras. Ironinya dia juga kata seperti itu masa Najib jadi PM.

Semuanya unnormal atau dunia dalam mode great reset, agaklah. Bagi aku apa jua panggilan inilah dipanggil zaman edan, munafik diangkat menjadi pemimpin dan fitnah merata.

Reform orang muda untuk menjadi pemimpin ironinya orang muda mengangkat seseorang yg umurnya jarang ditermui menjadi perdana menteri. Oh dunia......

No comments:

Post a Comment