" apa pendapat nko tentang pengundi cina tak sokong BN." saje je aku acah member aku ni. Orang atas pagar dan agak pro pakatan. "muak dengan isu umno, rasuah dan nak kan perubahan, dan takan kalau kompeni lain boleh jual produk tapi nko tak boleh sedangkan produk yang sama. " Dengan rasa nak lepaskan geram tulah jawapanya. Tapi aku senyum lagi.....
Aku suka jawapan yan last tu. Jual produk yang sama. Masakan tidak... produk yang sama tapi tawaran PKR terlalu rendah nilainya. PKR berani tawarkan TPM1 kepada cina sedangkan umno tidak. Tapi yang sedihnya bila dia katakan, kalau dia Najib bagi tpm kat cina so bukan pakatan yang bagi. Umno yang bagi. Adoii.... orang pakatan lepas tangan lagi.
Sama seperti isu IFC atau agama sama rata. Ramai orang Pakatan sokong termasuk Anwar sendiri tapi yang disalahkan sape...? BN gak yang salah. Orang pakatan seperti jadi jaguh agama walhal mereka la yang menjadi dalang disebalik tabir wayang . Kalau nak perubahan.... Pak Lah dah bagi sedikit ruang tapi..... tengok apa jadi..? BN gak yang salah.
Persidangan umno je sibuk cerita melayu. Nak tunjuk macam umno je yang tolong melayu. Memang la orang bukan umno rasa janggal dan rasa setahun sekali dengar umno cakap pasal melayu. Orang luar tidak tahu apa minit mesyuarat umno. Dari dulu lagi, aku rasa bila meeting cawangan atau bahagian aku rasa semua minit berkisar dengan apa yang mampu dilakukan untuk orang melayu.
Betul la kata Tan Sri Isa, umno sepanjang tahun berpolitik untuk orang melayu dan bukan gimik untuk perhimpunan agung sahaja. Walau ia disangkal Prof Agus dalam Hujah tv9, aku rasa dia orang Pas maka tidak tahu semua isi kandungan apa yang dibincangkan. Aku tahu dia prof iaitu orang yang bijak pandai.... tapi aku rasa ada limitnya kebijakannya tuh.... masakan dia tahu seluruh apa yang dibuat oleh umno. Kalau dia semua tahu dan terer segalanya, kompem dia dah jadi PM. ... huh....~~!
Apapun.... memang betul umno kena berubah. Tapi perubahan bukan untuk menjual kepentingan melayu. Ibarat tarik rambut dalam tepung..... hurmmm...
No comments:
Post a Comment