Sunday, April 12, 2009

musang berbulu ayam

Orang beranggapan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak popular, tapi bagi aku sebenarnya itulah kementerian rakyat. Aku anggap menteri terbaik bagi kementerian itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana beliau mampu menstabilkan harga barangan.

Andai diteliti secara lanjut, PRU12 BN kalah disebabkan isu harga barang dimana menteri terbabit iaitu Shafie Apdal tidak dapat mengekang kenaikan barang ekoran daripada kenaikan harga minyak.

Seperti mana Pak Lah meletakan Muhyiddin di Kementerian Asas Tani, pada mulanya orang beranggapan Pak Lah seperti ingin meminggirkan beliau tetapi sebenarnya Pak Lah ingin menguatkan kementerian itu.

Pak Lah melihat industri pertanian penting kerana ramai orang melayu terbabit dengan industri ini secara langsung. Oleh yang demikian Pak Lah dengan meletakkan orang yang berkaliber sebagai pemangkin dasar yang ingin dibawa.

Andai di lihat senario ini, bolehlah kita ertikan bahawa Najib melihat Ismail Sabri sebagai seorang yang mampu diharap menangani masalah harga barang ketika ini. Harga barang ketika ini tidak begitu stabil dan banyak menyusahkan rakyat.

Aku ada keyakinan dengan Ismail Sabri dengan kerana semasa beliau berada di kementerian Belia dan Sukan beliau menjadi menteri yang berperanan aktif dalam mewujudkan pertubuhan belia dan sukan yang semakin menampakan hasil.

Muhyiddin diletakan di Kementerian Pelajaran..? mengapa....?

Andai diteliti... dia orang yang berkaliber dan kementerian pelajaran adalah kementerian yang amat penting untuk masa depan. Semasa era Hishamuddin... kementerian tidak lekang dengan banyak isu dan banyak masalah tidak dapat diselesaikan.

Oleh itu, cerita itu ini aku rasakan hanya cerita politik. Usah kita membicakan teori sendiri kerana kabinet baru ditubuhkan. Kenapa kita harus menjatuhkan hukum kerana buku baru dibuka. Berilah mereka peluang untuk membuktikan kewibawaan masing-masing.

Cerita MP umno nak letak jawatan atau beralih arah...... hurmmmm.... orang seperti ini sebenarnya orang yang mementingkan diri sendiri. Saat beginilah waktu yang sesuai untuk menilai siapa sebenarnya musang berbulu ayam dalam umno.

No comments:

Post a Comment