Kabinet dah dirombak... liberalisasi dah dibuat, fail tol dah dibuka..... tapi kenapa fail IPP masih tidak dibuka.?
Sebenarnya, aku dah taip intro cuma aku tak habiskan apa yang aku nak lepaskan. Kerana apa... ntahlah... seperti bini aku cakap. Aku macam jeles tengok rezeki orang. Sering mempertikaikan gaji orang kerajaan.
Adakah aku jeles..? aku rasa tak. Kerana apa yang aku cakapkan ialah menuntut hak seorang pekerja daripada majikan. Kalau aku ada sikap jeles, aku akan jeles dengan gaji ofismate aku. Tapi aku tak pernah jeles dengan kawan2 aku yang lain. Malah aku nak sama2 naik dengan cara yang sihat. Sebab itu setiap kenaikan pangkat aku suka ia dibuat terbuka dan tertutup. Tak caya..? siapa suruh percaya apa yang aku cakapkan..... hahhahhaha....
Tapi memang pun. Ramai member2 aku dah naik pangkat . Aku je yang tak naik tapi aku tak jeles pun.. mungkin aku tak bagus kot. Tak bagus tapi kenapa aku dilantik banyak committee ek..??
Mama.. kalau awak baca blog abg.....
Kalau petang tadi abg cakap, abg bukan orang yang jeles dengan rezeki orang. Kerana abg bercakap sebagai orang yang memperjuangkan hak ramai dan bukan diri sendiri. Ini mungkin kerana sikap abg yang begitu kritis dan merasakan sesuatu yang tidak kena.
Kata2 abg ini dapat dibuktikan dengan sidang akhbar petang tadi. Semua union syarikat bertaraf GLC akan mengadakan piket atau mogok. Kerana apa..? adakah mereka ini jeles dengan gaji orang kerajaan..?
Dulu Presiden dan Naib Presiden union sendiri geleng kepala kat abg. Kenapa abg sorang je yang mempertikaikan..? Dalam ramai2 staff.... abg je lain dari yang lain..? Abg Long sendiri tak lalu nak menjawab soalan abg kan....
Kalau kata2 abg ni salah dan kalau abg berfikiran yang tidak betul.... kenapa hari ini Presiden itu bersengkongkol dengan Presiden union yang lain...? Sape yang salah...? abg gak ke..??
Sebenarnya, fail IPP ini perlu dibuka. Jangan bila dah nazak baru nak merawat. Dan kita sebagai rakyat Malaysia..... mahukan service first class tapi kalau tentang bayaran nak murah.. adoii.....
/me apapun aku tunggu bulan JUN ni..... saat yang aku nantikan. Harap2 ada bulan jatuh ke riba.
No comments:
Post a Comment