Wednesday, July 15, 2009

makan gaji buta

Tidak semua kakitangan awam yang tidak efisen... tapi sememangnya majoriti mereka ini slow buat kerja. Mungkin aku cakap sedap mulut..... tapi realitinya memang camtuh pun. Kalau tidak.... masakan persepsi rakyat mengatakan kerajaan slow....

Kerana aku sering menulis berbaur politik... aku ambik contoh orang kerajaan yang ditugaskan dalam membantu kerajaan dalam politik.

Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Darulehsantoday.

Secara logik akal..... memang ada benarnya kenapa BN masih tidak mampu sebarang pilihanraya kecil..? Apa yang mereka buat..? hanya mencium bontot menteri ka..?

Bagi aku, kakitangan awam adalah baju BN... apa yang orang kerajaan buat umno akan dibawa bersama. Kalau ada seorang orang kerajaan ambik rasuah.... umno yang dikatakan rasuah. Ibaratnya, seorang anak yang nakal.... pasti nama mak ayah yang buruk. Walhal..... ibubapa dah mendidik anak itu yang terbaik.

Orang kerajaan tak seperti dulu...... orang kerajaan sekarang lebih senang dari orang swasta. Masuk kerja pukul 8..... balik pukul 5... tapi gaji lebih besar dari swasta yang berkerja lebih masa. Bersyukurlah... jangan asyik meminta.... tapi kerja tak setanding.

/me orang lain makan nangka.... orang lain kena getahnya.

No comments:

Post a Comment