Terkejut bila baca Dap Kedah keluar dari pakatan. Tabik hormat aku kat Ds Azizan. Konsisten dengan keputusan dan pendirianya. Wajar dicontohi oleh semua pemimpin, tak kisahlah dia dari parti mana. Selama ini pun, aku memang aku respect dengan tindakan beliau. Bermula dengan tidak memboikot utusan sampai la isu penutupan pusat penyembelihan babi.
Nik Aziz sepatutnya mencontohi sikap beliau yang lebih terbuka dan mementingkan kepentingan orang melayu. Memetik kenyataan dari B. Harian beliau juga menyatakan, Dap antara yang menggagalkan rancangan perpaduan. Dari pengamatan kenyataan itu..... aku dapat rasakan beliau memang tidak berpuashati dengan Dap.
Esok Dap pusat akan membuat mesyuarat tergempar dan aku tahu.... mereka akan menarik kenyataan itu. DAp Kedah akan kembali ke Pakatan. Tapi aku puas..... sekurang2nya Ds Azizan tidak tunduk dengan tekanan. Selepas PRu yang lepas.... seringkali melayu tertekan dan tunduk dengan tekanan. Lihat sahaja sekarang ini..... biasiswa pun sudah diliberalisasikan. Itupun masih ada suara2 sumbang yang tidak puashati. Mahukan GLC dipimpin oleh hindu..... kelempess betul la...
No comments:
Post a Comment