Kalau Isa jujur nak bantu rakyat, Hapuskan Tol PD. Yea tak yea kan. Aku rasa bukan setakat tol PD je… semua tol dalam negara patut dihapuskan. Dan kalau tol boleh hapus, jangan lupa hapuskan juga cukai pintu. Kalau cukai pintu boleh dihapuskan macam lesen tv, then kita hapuskan terus cukai pendapatan, cukai tanah dan senang cerita, hapuskan semua bentuk cukai. Ini barulah kerajaan yang perihatin. Rakyat didahulukan. Betol kannn…
Kalau tol dah hapus, mesti rakyat nak jalan bertar sampai depan pintu. Opss.. sekarang pun jalan dah bertar, tapi rakyat juga masih tidak selesa. Jadi, aku syorkan kepada pakatan haram, agar menggesa kerajaan menyediakan satu kereta untuk setiap keluarga. Anggap kerajaan bagi hadiah. So setiap bulan rakyat tidak perlu bayar ansuran kereta. Barulah kewujudan proton memberi maanfaat kepada rakyat.
Aku syorkan agar kerajaan memberi elaun kepada penggagur di dalam negara. Sebulan RM500. Kalau RM100 nanti rakyat kata, nak bagi… bagi la lebih skit. Belanja beli rokok pun dah RM200 sebulan. Kalau kerajaan nak tahu, orang yang menganggur ni kuat merokok. Dan kalau mampu bagi la lebih.. tambahlah sebulan RM1000. Kalau Brunei boleh kenapa plak kita tak boleh. .
Hakikatnya inilah politik. Sepatutnya penduduk Lukut la yang mahukan tol dikurangkan tapi orang Bagan plak yang mengeluh. Aku bukan tak suka. Aku memang suka banget, tapi aku tidak la terlalu bodoh untuk bercakap seperti itu. Ingat kalau aku undi pembangkang, tol akan hapus ke..?
Kerana tol, Selangor dipimpin pembangkang. Tapi seteleh ditadbir, jangan katakan hapus.... dapat kurangkan pun jadilah. Ni dah dekat 2 tahun perintah, senyap je anak Singh. Kalau dulu Ochol mengeluh hari2 bayar tol mahal… tapi bila pembangkang yang memerintah…. Semuanya diam. Redhoooo.... hua huaa...
Mungkin orang Puchong teringin sangat kot dipimpin oleh seorang anak KING SINGH. Sebab tu tak hapuskan tol pun tak pe la… asal aku dapat berajakan anak King SingH ni. Hahhahhahaa……
Apapun, aku memang mahukan agar kerajaan review balik harga tol dari Lukut. RM3.20 dari lukut ke Mambau mahal sangat tuh. Aku kira, tol inilah paling mahal di Malaysia. En. Najib…. Tolong tengok rege tol PD ni. Aku dah naik geram ni…. Kang aku undi pembangkang lagi…... Saje je mention LAGI…. Hahhahhahha.
Apapun aku tak tgk video ni… aku cuma tengok topik bodoh je… kah kah kah….
/me biasa la kan... bila bagi peha nak apa..? situn situnn la sayang oii.... huk huk..
No comments:
Post a Comment