Monday, October 18, 2010

cabaran melayu

Cabaran melayu pada masa akan datang...?

Biarlah kita mulakan dimana melayu sekarang ini berada. Tapi aku harap ini cerita mitos kerana kaki aku tidak jejak pun ke library. Aku menulis ikut rasa sahaja.

Melayu billioner memang ada, tapi mungkin hanya 5 orang sahaja. Jutawan melayu ramai walau tidak seramai orang cina. Asset ratusan ribu.. ? lebih ramai dari bilangan jutawan. Jadi kedudukan orang melayu banyak di kelas pertengahan dimana sekarang ini mereka banyak bekerja sebagai penjawat awam dan eksekutif swasta.

Kuasa.

Kuasa banyak bayangi oleh politik. Politik sekarang dilihat tidak memihak kepada orang melayu. Arus politik sekarang menuju kearah perkongsian kuasa yang lebih saksama diantara kaum malah arus itu lebih menuju kepada arah kehilangan kuasa orang melayu.

Ini adalah berdasarkan kepada tawaran sesetengah pihak yang mahu kuasa itu dikongsi lebih terbuka. Permainan politik yang licik telah menyebabkan orang melayu menerima “kehilangan” kuasa hanya kerana pemikiran orang melayu dijanjikan dengan mimpi.

Setiap orang ada cita-cita atau mimpi indah. Akan tetapi dalam politik sekarang apakah mimpi orang melayu itu..? adakah inginkan kuasa, mahukan wang, atau saham akhirat..? walau mimpi itu di ibaratkan seperti mimpi yang bukan-bukan, tetapi orang melayu masih membenarkan kuasa yang dipegangnya diberikan kepada orang lain.

Dasar kerajaan ditentukan oleh kuasa pemerintah. Ketika ini, pemerintahan dan pentadbiran masih dikuasai oleh orang melayu. Orang cina sedar, tanpa kuasa mereka hanya menjadi pak turut. Oleh itu, mereka telah melancarkan misi tersebut setelah mereka menyedari terdapat ruang yang diberikan oleh orang melayu itu sendiri.

Dalam hal ini, mereka harus berhati-hati dalam setiap langkah. Rampasan kuasa secara tanpa sedar harus dilakukan dengan cermat agar misinya tidak dihidu oleh orang melayu. Sebagai contoh, isu terbaru ialah tindakan dari parti DAP yang memecat ADUN Kajang kerana salah guna kuasa.

Disini tindakan orang cina melalui parti DAP dilihat seperti merugikan mereka. Tapi sebenarnya mereka mendapat pulangan yang besar. Disini DAP telah mendapat mendapat tanggapan yang baik oleh orang melayu dengan hanya mengorbankan seorang ahlinya yang tidak penting. Beranikah DAP mengambil tindakan seperti itu kalau ADUN itu ialah LIM Guan Eng.? Apa ruginya ADun Kajang itu kalau projek yang dibalun mencecah 1 Juta dan masih memegang jawatan.?

Cabaran.

Dengan kuasa kerajaan boleh menentukan dasar kerajaan yang hendak dipilih. Jika mereka berjaya dalam PRu akan datang maka bermula cabaran melayu untuk generasi akan datang. Dasar kerajaan yang sediada banyak membantu orang melayu melalui konsep DEB. Dengan alasan konsep DEB ini, banyak perkara harus melalui atau mengutamakan orang melayu berbanding orang bukan melayu.

DEB hampir meliputi semua dasar dalam kerajaan sekarang. Dari biasiswa, subsidi, projek kerajaan sehinggalah ke pembelian rumah. Maka tidak hairanlah orang bukan melayu terutama orang cina amat bencikan dasar ini.

Cabaran melayu akan bermula dengan penghapusan DEB satu persatu.

Biasiswa.

Diatas kertas dasar kerajaan tidak dinyatakan biasiswa untuk orang melayu. Akan tetapi selama ini biasiswa diberikan untuk orang melayu dan hanya sebilangan kecil sahaja bukan melayu yang menerima. Secara kasar, persepsi rakyat menyatakan biasiswa ini hanya terhad kepada pelajar universiti. Mereka tidak menyedari bahawa terdapat banyak jenis biasiswa yang diberikan oleh kerajaan kepada orang melayu ketika ini.

Kupon tuisyen.

Walaupun nilainya kecil, tapi ia agak berguna kepada orang melayu luar Bandar. Mereka yang mendapat kupon ini layak mendapat tuisyen dari guru yang bertauliah untuk menghadapi peperiksaan. Mungkin dengan kupon ini, ada kemungkinan mampu merubah keputusan peperiksaan dan seterusnya arah pendidikan murid itu.

Bayangkan kalau ada diantara mereka, kerana kupon tuisyen ini mereka boleh menjejak kaki ke menara gading..? bukankah sudah menjadi kerugian kepada orang melayu.?

Bisiswa sekolah.

Kerajaan ada memberikan biasiswa kepada murid melayu yang layak seperti pelajar miskin. Mereka ini akan mendapat biasiswa berbentuk wang bagi meringankan beban ibubapa yang bependapatan rendah.

Biasiswa universiti.

Disini amat penting bagi masa depan orang melayu. Banyak jenis biasiswa untuk orang melayu. Dari pengajian asas seperti matrik sehinggalah ke peringkat ijazah.

Adakah kita hanya melihat degree di universiti awam.? Lupakah kita bahawa ramai pelajar melayu yang ditaja oleh JPA di luar negara. Andai biasiswa ini dikongsi samarata dengan mengikut merit, berapa kerat orang melayu mampu melanjutkan pelajaran diluar negara.?

Biasiswa Swasta oleh GLC.

Biasiswa ini juga amat penting. Ramai orang melayu telah ditaja oleh syarikat bertaraf GLC, seperti TNB, Petronas, Telekom, KHAZANAH, PNB dsb.

Jika dibuat perbandingan, melayu banyak diberi biasiswa jika dibandingkan dengan bukan melayu. Bukan melayu banyak menggunakan duit sendiri dalam membiayai perbelanjaan pengajian mereka.

Cuba kita renungkan sejenak.

Berapa ramai yang mengeluh membayar balik PPTN walaupun pengajian mereka setakat Diploma.? Andai situasi ini diambil iktibar, mungkin itulah yang akan terjadi jika DEB dihapuskan. Fikirkan jika pendidikan orang melayu semakin kurang pada masa akan datang..? Suka atau tidak kita terpaksa menerima kerana konsep DEB itu telah melahirkan generasi melayu peringkat pertengahan.?

Dimana melayu jika kelas pertengahan itu diambil alih oleh bukan melayu.

/me Seperti pistol tanpa peluru akhirnya kita akan ditawan oleh musuh.

No comments:

Post a Comment