Thursday, November 11, 2010

Kelantan Maju 2027

"Buat kerja cara Islam kalau dah orang Islam", lebih kurang begitulah bunyi ayat akhir MB sebelum meluru masuk ke biliknya tanpa menyatakan yang sidang sudah berakhir. Malah dia menuduh media berbohong apabila bertekak dengan wartawan RTM.
Kedengaran juga suara-suara wartawan berkata ' kami tak berbohong', 'kami lapur apa yang kami nampak dan beritahu'. MB naik geram apabila kedengaran suara-suara tersebut dan menyuruh media bertanya dia tentang tindakan kerajaan negeri Kedah. Tetapi apabila wartawan kata 'kami nak tanya MB la ni'. Dia terus jawab yang dia tak mahu jawab.
Ekekke.... macam cerita kanak². Merajuk tak kena pada tempat.

Bila “tangan” Anwar membawa Felda ke makamah, aku teringat bekas jiran aku satu ketika dulu. Dia berpindah ke Felda serting 25 tahun lepas. Sebelum dia berhijrah, dia bekerja di sebuah kilang batu bata. Dia bertegas ke Felda dengan harapan dia mampu mengubah nasib keluarganya. uhh... skemanya tulisan aku.

Dia suka sembang dengan arwah ayah aku. Meluahkan perasaan susahnya duduk di felda. Hujung bulan gaji habis kena potong hutang koperasi. Ambik barang dulu hujung bulan baru bayar. Kira sistem buku 555.

Itu cerita dulu. Cerita sekarang rumah dia dah besar. Semasa sawit tengah naik, ada peneroka mendapat pendapatan sehingga 5k sebulan. Beliau amat cermat dalam berbelanja. Kalau orang lain dah pakai kereta mahal, dia guna Iswara sedan untuk kegunaan harian. Katanya, daripada aku beli kereta mahal, lebih baik aku menyimpan.

Di Serting, peneroka ada pilihan samada mereka menyerahkan tugas “berkebun” pada pengurusan Felda atau mereka sendiri yang turun padang. Jiran aku memilih Felda dan dia berkerja di luar. Sekarang dia mendapat dua pendapatan. Satu sebagai drebar dan hasil kebun. Bukankah itu dikira lumayan.?

Di Kelantan, Pas membuat skim yang hampir sama. Yang membezakan Ladang Rakyat dengan Felda ialah Ladang Rakyat diuruskan oleh syarikat Singapore sementara Felda diusahakan sendiri. Tidak dinafikan, Felda juga ada kepincangan.Tapi kepincangan itu boleh ditutup dengan kejayaan Felda itu sendiri. Sekarang entiti Felda semakin digeruni. Kerajaan memaanfaatkan asset yang dimiliki oleh Felda.

Dari segi politik, Felda merupakan kubu umno. Sebab itu Anwar menyerang Felda selain Felda berkait rapat dengan Najib. Tindakan ‘anak felda’ membawa ke makamah, ia tidak ubah seperti anak derhaka. Seburuk-buruk Felda, buruk lagi Ladang Rakyat pimpinan Pas.

Peneroka Felda mendapat tanah, mendapat rumah tetapi Ladang rakyat adalah tanah kerajaan tetapi sudah diusahakan rakyat. Dengan kuasa yang ada, kerajaan negeri “merampas” tanah tersebut dengan memberikan jaminan akan memberikan keuntungan.

Jika bukan kerana Prk Galas, pembohongan Kerajaan Kelantan tidak terbongkar. Sepatutnya pembangkang malu dengan isu Felda. Bukan sahaja pembangkang tidak pandai mengurus malah kerajaan Kelantan menindas rakyat. Untung tak nampak, tanah yang dikatakan akan dimajukan tidak diberikan geran.

Kalau benar tulisan Gomo, fikirkan siapakah mereka sebenarnya.


Namun sehingga kini tidak ada sebarang hasil dari Rampasan Tanah dan wang Rm 10 Juta tersebut. Kemana wang tersebut mengalir? PAS wajib menjelaskan kepada Rakyat Kelantan Ke Mana perginya Wang Yang BN Bayar sebanyak 10 Juta itu. Gomo

FELCRA Berhad hari ini menyerahkan pembayaran berjumlah RM2.3 juta bagi penyelesaian tanah-tanah yang dibangunkan oleh agensi itu tanpa dimasukkan peserta di Negeri Kelantan. Harakah.
Pas kata umno Assabiyyah. Siapa yang assabiyah? Tanah Kelantan HANYA untuk orang Kelantan. ? Orang yang dikatakan ulama2 Islam, tapi percakapanya berbohong dan berbelit.
Pembangkang hanya pandai bermain kata sehingga penyokongnya tidak waras dalam berfikir.
Kata seorang kawan dari Kuantan. “ ada Felda kat sana tidak ada bekalan air. Oleh kerana dia cakap sampai 3 kali, aku layan sembang.. “ kenapa takde air.? “ paip pecah tak sambung.” Jawabnya sinis. “ aku tahu dia nak kondem umno”.


Kalau gambar ini dijadikan sandaran, macam mana..? Orang Kelantan tak kisah ke dengan bekalan air macam milo suam.?
"Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027," katanya ketika menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan. utusan.
Pada mulanya, aku fikir orang umno fitnah tentang kualiti air kelantan. Almaklum la, waktu pilihanraya. Rupanya orang Kelantan tak kisah pun dapat air kotor. Mengapa mereka tidak kisah.? Itu yang aku kata, penyokong pembangkang sudah tidak berfikir dengan lebih rasional.
Pembangkang kata, 50 tahun BN perintah negara tak maju..... 20 tahun Pas memrintah, ada apa dengan Kelantan.? Kalau kerajaan BN yang berkata sehingga 2027, apa kata pembangkang..? berbakul-bakul sumpah dilemparkan. Kalau air pun tak mampu nak handle...... inikan pula PAs nak urus negara.
Kutuk umno kerajaan zalim, tapi tahun lepas bantuan daripada kerajaan perseketuan 500 juta..? boleh fikir apa yang aku fikir..?
/me Parti ISLAM, tapi perangai cam se...

No comments:

Post a Comment