Tuesday, February 1, 2011

~~ dia je betul

Politik alaf baru. Agama dicanang seperti barang dagangan. Dijadikan topik seperti dilelong di pasar lambak. Kalau dulu Islam tinggi nilainya, sekarang Islam dijadikan barang politik.
Negara Islam.
Kalau dulu Pas menyatakan selagi kita tidak melaksanakan hudud maka kita bukan negara Islam. Tetapi setelah terjadinya perkhawinan campuran, maka presiden terus mengeluarkan kenyataan, “hudud hanya satu muka surat dalam Al-quran.”

Dulu dilabel kroni, tapi setelah menantu diangkat menjadi ceo, maka hadis dikeluarkan, “ kroni dalam Islam boleh. ”
Apa dia negara Islam..? Kelantan mengamalkan negara Islam..? kedengaran satu suara. “ tidak ada pusat pelacuran, tidak ada pusat hiburan, tidak ada judi dan tidak ada premis jual arak.”

Berpijaklah dibumi nyata. Kalau Nik Aziz tidak berani menyangkal kenyaataan kuan yew, mampukah Nik Aziz melawan Dap.

Walau Haron Din tidak seglamer Nik Aziz tapi aku kira jasa Haron Din lagi besar kepada agama dan masyarakat. Haron Din mengaji Al-quran dan seterusnya mempraktikan intipati Al-quran kepada masyarakat.

Al-Quran ialah kitab paling lengkap dunia dan akhirat. Nabi merupakan pemimpin agung yang membina tamadun. Kalau pemerintahan Nik Aziz mengkaji dan mempraktikan Al-Quran serta mengikut sunnah Nabi, sepatutnya Kelantan sekarang sudah mencapai negeri maju dan setanding dengan Selangor.

Pendapat Nik Aziz, Lee Kuan Yew lebih mulia dari Mahathir. Dunia menganggap Malaysia negara Islam yang hebat akan tetapi Nik Aziz memperlekahkan status itu hanya kerana Mahathir tidak melaksanakan hudud, membenarkan kilang arak, ada kuil batu caves atau genting.

“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,”. Ini yang dikatakan, Pas halal tapi umno itu haram.

Bagaiamanapun Menteri Besar Kelantan itu bekata walaupun tidak melaksanakan hukum hudud, namun kerajaan negeri Kelantan berjaya menyatukan keseluruhan rakyat berbilang kaum di Kelantan. ~~ Nik Aziz.

Selepas trajedi 13 Mei 1969 kerajaan telah melaksanakan DEB. Walau dasar ini kelihatan menindas bangsa lain tapi keberkesanan dari dasar ini Malaysia makmur dan harmoni.

Pembangkang sering memomokan cerita umno gagal menyatukan rakyat. Jawablah jujur dalam diri kita. Mengapa iklan kerajaan sering memaparkan orang tua kita dan bukan orang muda sekarang. Setelah Anwar menunjukkan dajjalnya, jurang antara kaum semakin besar.

Pas seperti jari telunjuk. Menuding orang tapi 4 jari terarah kepada diri sendiri.

Nik Aziz mendakwa Pas berbangga dengan berbilang kaum. Berapa kerat hindu atau cina di Kelantan..? Kalau hanya sejembut ko nak berbangga, tak payah la.

Orang bukan Islam semakin suka Islam hanya kerana mereka memegang bendera Pas... Allahuakbar.. Pas itu bukan Islam tapi Islam itu Ad-Din.
/me dia je betul.

No comments:

Post a Comment