Friday, March 11, 2011

lembiknya Pas

Pas memasang perangkap umno dalam isu pengharaman premis perjudian di Kelantan. Isu itu dibangkitkan oleh Kepal Singh. Seperti biasa seorang pemimpin Pas mengaitkan umno kerana kerajaan persekutuan tidak konsisten dalam isu ini.

Mulanya Pas memberi kenyataan bahawa Pas Kelantan akan mengadap Kepal singh untuk menjelaskan keadaan sebenar. Dayus bukan, Pas kena mengadap Dap.

Seperti biasa, cina akan bersatu dalam isu untuk orang cina. Cina samada dari Dap atau Mca menekan Pas agar membenarkan premis perjudian di Kelantan. Pas Kelantan tersepit sendirian kerana Presiden Pas sendiri bersikap lepas tangan.

Pas Selangor bermain politik melalui Pesuruhjaya Selangor. Hasan Ali mengatakan bahawa kenyataan Khalid adalah kenyataan peribadi dan bukan keputusan kerajaan negeri kerana isu judi tidak pernah dibincangkan di mesyuarat exco.

Bukankah badigol namanya. Bukankah Khalid itu MB Selangor. Kenyataan seorang MB adalah kenyataan kerajaan negeri.

Sekali lagi Pas terhimpit dengan permainan politik Anwar. Pkr tidak memberi sebarang kenyataan dalam menangani isu ini. Dalam dunia, presiden parti yang menjadi tunggul hidup hanya seorang, iaitu Wan Azizah.

Kalau aku ambil iktibar dengan isu ini, memang tidak salah aku memihak kepada umno. Pas tidak mampu menggantikan tempat umno. Pas bukan sahaja dayus, malah parti itu sendiri tidak ada kekuatan untuk menangani satu isu dengan baik.

Mengapa Pas tidak bersatu, tidak konsisten dalam menegakkan sesuatu pendirian parti. Corak pemerintahan Pas kucar kacir tidak menentu. Kalau umno ada dimana-mana, tapi Pas hanya mengikut kelompok penduduk.

Kalau benar intifada Pas ialah mengharamkan judi, mengapa judi hanya haram di Kelantan tetapi di Selangor, Kedah dan Penang halal. Dalam hal ini, bukankah terang-terang Pas munafik..?

Kalau benar pembangkang ikhlas, mengapa sampai sekarang pembangkang tidak mendaftarkan PAKATAN kepada SPR.?

Hakikatnya, Pas ialah parti yang tidak ada kredibiliti. Walau parti ini ditubuhkan hampir sebaya kemerdekaan negara, namun Pas kelihatan seperti parti politik yang tidak matang. Akibat daripada kebodohan berpolitik, Pas akhirnya diperkudakan.

Tidak salah aku mengatakan Pas memang parti menipu. Menipu hanya untuk kepentingan kuasa semata-mata. Demi kuasa agama dipermainkan.

Untuk itu, Pas tidak setanding dengan umno apatah lagi untuk menggantikan umno untuk memerintah.

/me Pemimpin Pas seperti pemimpin persatuan

No comments:

Post a Comment