Lee Kuan Yew 87 menang tanpa bertanding bagi pilihanraya yang ke 14. Negara yang satu ketika dulu dikenali Temasik, sekarang adalah milik kerabat Lee Kuan Yew. Beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada anaknya Lee Hsien Loong seperti menyerahkan sebidang tanah pusaka.
Kebebasan bersuara di Malaysia jauh lebih terbuka berbanding di Singapura. Guan Eng menyatakan Malaysia ini diperintah seperti Hitler, tetapi pada masa yang sama beliau mampu menjadi Ketua Menteri. Kalau Malaysia diperintah seperti Hitler tidak mungkin seorang cina akan menjadi ketua menteri.
Orang cina ada diseluruh pelusuk dunia. Tapi hanya satu negara sahaja orang cina telah berjaya ‘merampas’ kuasa dari penduduk terdahulu iaitu Singapura. Akibat dari tekanan yang hebat dari LKY, maka terlepaslah Singapura dari gagasan Malaysia.
Pengalaman beliau melepaskan Singapura telah dicurahkan kepada Guan Eng untuk membentuk negara persisiran orang cina. Tidak sampai 5 tahun diperintah oleh Dap, Penang dilihat seperti Singapura kecil dimana melayu sedikit demi sedikit diusir dan secara tidak sedar kuasa politik melayu semakin terhakis.
Mungkin takdir penentu segalanya. Tidak keterlaluan aku katakan, kalau bukan Penang adalah sebahagian ‘kerajaan’ Kedah mungkin Penang sudah mengcongak untuk keluar dari Malaysia. Tidak semua orang mengetahui bahawa Dap telah memulakan gerakan untuk mengeluarkan Penang dari Malaysia, namun ianya terhalang dengan kebijaksanaan Sultan Kedah.
Pilihanraya Sarawak telah membuktikan bahawa cengkaman politik orang cina tidak terhad di semenanjung tetapi telah merebak ke negeri borneo tersebut. Semua peti kawasan yang bermajoritikan cina dilihat memberi sokongan yang kuat kepada parti tersebut.
Mengapa corak sokongan tersebut terjadi..?
Selesai Pru12, Dap terus menyusun startegi untuk mengatasi masalah atau setelah mendapat pengajaran yang baik hasil beberapa kekebalan keputusan perlembangaan negara. Contoh pengajaran itu ialah Dap perlu meluaskan sokongan orang melayu dan menjadikan mereka ‘ali baba’ dalam menawan negara ini.
Kebanyakan negeri beraja, mereka telah meletakkan syarat bahawa hanya orang melayu sahaja yang boleh menjawat jawatan Menteri Besar. Dengan itu, Dap tidak ada pilihan selain menubuhkan cawangan untuk orang melayu bagi mencapai wawasan tersebut.
Jika kita teliti, kadangkala Dap sengaja mencuit institusi beraja. Ini adalah untuk mencuba kekuatan institusi berkenaan untuk dirobohkan. Raja atau Sultan adalah payung dan penyelamat Malaysia ketika ini. Andai kebanyakan negeri tidak bersultan, maka pengeluaran sesuatu negeri dari Malaysia adalah lebih mudah seperti Singapura.
Mengapa Dap berjaya meluaskan pengaruh..?
Adalah tidak susah bagi Dap mendapat sokongan dari orang cina. Mereka mudah menghasut orang cina dengan melabelkan Malaysia seperti Hitler dan menjadikan Singapura model terbaik.
Ketika umno dilanda krisis kepimpinan, Anwar telah berjaya memecah belahkan kekuatan orang melayu hasil pemikir orang yahudi. Ini terbukti dengan beliau telah menganggotai beberapa pertubuhan yahudi dan dikhabarkan beliau mendapat dana yang besar dari pihak zionis.
Apapun, melayu di Malaysia amat bertuah kerana datuk moyang mereka membuat perlembagaan negara atau setiap negeri dengan meletakkan syarat tertentu untuk menjamin kesejahteraan anak cucu mereka. Andai mereka tidak menitik beratkan kepentingan generasi sekarang, aku percaya bahawa Malaysia sudah hancur.
/me kalau aku cina, aku akan sokong Dap.
No comments:
Post a Comment