Stop LYNAS.
Dalam keadaan inflasi yang semakin mengembang, demo BERSIH 2 adalah perkara yang tidak sepatutnya diadakan. “ STOP LYNAS” ada kewajaran demontrasi rakyat dilakukan untuk mereka menyatakan pendirian kepada kerajaan. Dalam isu LYNAS, tiada keputusan yang konkrit dibuat oleh kerajaan negeri Pahang malah mereka membiarkan isu ini menjadi kemarahan rakyat.
Lynas dibantah oleh penduduk kerana kekhuatiran kesan radioaktif. Jika aku PM atau MB aku tidak akan mengeluarkan lesen kepada syarikat2 sedemikian. Apa gunanya kita melarang pembakaran terbuka, tidak menggunakan beg plastik atau melancarkan kempen “hijau’ sedangkan pada masa yang sama kita merosakan alam dengan skala yang lebih besar.
Dalam aspek politik mungkin kerajaan ada rasionalnya dalam meluluskan pembinaan tersebut. Seperti diketahui, kerajaan ingin meneruskan pembinaan reaktor nuklear untuk mengurangkan penggunaan gas dan arang batu dalam penjanaan elektrik dimana kos dari bahan tersebut saban tahun meningkat berganda.
Jika kita menolak penjanaan dari nuklear, adakah kita bersedia dengan kenaikan elekrtik.?
Berdemo, berpiket atau mogok tidak salah tapi biarlah kena pada tempat dan isunya. Demontrasi menuntut kemerdekaan, menuntut keadilan kerana pemerintahan kuku besi dimana rakyatnya ditindas tidak cukup kelengkapan hidup, mogok kerana ditindas oleh majikan, itu semua ada kewajarannya.
Tapi dimana kewajaran Demontrasi BERSIH.? Adakah kerana gagal dalam pilihanraya maka rakyat dikorbankan untuk kepentingan politik sempit..? andai yang berkata, kerajaan tidak telus dalam pilihanraya, lihatlah berapa banyak kerusi yang telah dimenangi oleh pembangkang.?
/me politik maniac
No comments:
Post a Comment