Menurut KJ Pemuda akan menyerahkan memorandum kepada Agong pada 9 Julai. Tapi pada masa yang sama beliau menolak Bersih 2. Apa maksudnya tuh..?
Jika ini berlaku, maka bukan sahaja matlamat malah orang kafir mendapat bonus tambahan daripada Bersih 2. Perhimpunan haram tersebut bukan kerana menuntut piliharaya yang adil tapi sebenarnya mereka mahu jalan pintas ke putrajaya.
Matlamat Ambiga hanya satu. Menumbangkan kerajaan kerana kerajaan zalim. Jadi apa yang Nik Aziz katakan memang betul. Kerajaan zalim kerana kerajaan tidak membenarkan agama lain membuat dakwah. Sebab itu Ambiga mengambil peluang yang diberikan oleh Anwar dalam soal beragama.
Sebab itu aku benci membincangkan isu murtad. Pas berlagak merekalah yang menegakkan Islam. Menentang murtad sebagai jihad. Menyalahkan kerajaan kerana tidak membendung dan membenarkan orang Islam murtad.
Isu ini aku umpamakan sebagai satu babak dalam kuch kuch ho tai. Dimana tangan kanan shah rukh khan memegang tangan kajol. Tapi pada masa yang sama tangan kirinya membelai Rani Mukhreeje.
Bai.. ini bukan filem tapi ialah soal agama kita. Tidak ada kompromi dalam soal beragama. Bukan semua agama sama standardnya. Islam itu unggul, agama wahyu dari Allah Maha Pencipta dan bukan rekaan yang diedit dari kitab2.
Tapi itulah yang dilakukan oleh Pas. Langkahnya terlalu sumbang sehingga berpaut pada parti lain untuk berkuasa. Kalau Pas menuduh umno bobrok. Tapi mengapa Pas mengutip orang umno dan yang lebih sadis Pas mengikut telunjuk orang buangan seperti Anwar.?
Pas tahu tujuan Ambiga. Malah aku berani katakan Pas tahu apa matlamat dan cara Anwar berpolitik. Tapi kerana mahukan kuasa yang sekelumit, Pas sanggup mberubah arah. Muktamar kali ini menunjukkan bahawa orang Pas bukan mahukan Islam yang pertama tapi membantu agama lain bertapak.
Apa yang aku katakan kerana pemimpin Pas terdiri dari Islam yang jauh lebih liberal dari umno. Bukan sahaja Mat Sabu dan 3 Naib Presiden malah orang seperti Nizar turut diangkat menganggotai Ajk Pusat. Kelompok ini telah membentuk pakatan syaitan dari dalam. Sebab itu jawatan Hassan Ali dan Harun Taib digugurkan. Malah berkemungkinan Haron Din juga akan menerima nasib yang sama.
Jika itu wajah pemimpin Pas, apa bezanya Pas dengan Umno.? Jika orang bukan politik yang melihat situasi ini, mereka masih nampak serban pada Pas. Tapi realitinya.. bukan sahaja serban malah songkok pun meraka dah tak pakai.
Dulu aku pernah katakan Umno lemah kerana Hishamudin. Dialah bekas KP yang tidak pernah ada wawasan. Kelemahan itu diwarisi oleh KJ. Walau KJ tidaklah selembik menteri aww tu… tapi kali ini KJ telah tersilap perhitungan.
Perkasa bukan parti politik. Umno sebagai parti politik sepatutnya menggunakan jalan politik untuk melawan pembangkang. Kalau pembangkang boleh berdemo mengapa tidak umno. Pemuda sepatutnya berdemo menuntut janji yang telah ditabur oleh pembangkang. Nah…. Kalau mereka pergi istana negara, biar pemuda hantar memorandum kepada sultan Selangor. Kalau mereka membuat havoc di negeri BN mengapa umno membiarkan pembangkang selesa memerintah negeri.?
/me api kalau disiram dengan minyak.. apa jadi..??
No comments:
Post a Comment