Perompak menuduh pencuri mencuri. Itu yang aku boleh simpulkan politik sekarang. Contoh isu Vale di Perak. Mengata orang sendiri yang lebih.
Lihat Sheikh Kadir.. kalau kita ada akal yang waras.. boleh ke kita terima dia lagi untuk menjadi pemimpin..? Umno tidak lantik dia kerana expired atau dia banyak masalah. Tapi sekarang bila dia kutuk umno.... pembangkang tanpa malu menyokong dia. Bukankah itu gila….
Betul la tu.. Di pentas Anwar pun dok mengutuk umno sementara penyokong di bawah pentas bertepuk sorak. Tanpa disedari oleh mereka… antara yang merosakkan umno itu ialah Anwar.
BN takde demokrasi… tapi bila PKR pecat Isa Saidi ok plak. Itu belum isu lagak Latifah Koya ala-ala samseng…. Agak2 kalau wanita umno berperangai camtu.. pembangkang boleh terima ke.?
Banyak lagi kalau nak tulis. Tapi kepala dah tepu dengan isu yang tidak sepatutnya.. jadi tak perlu la.
Hakikatnya politik sekarang bukan hendak jaga kepentingan rakyat tapi ABU.. Asal Bukan Umno.
Ops.. aku kurang pasti apa yang Husam buat, bertafakur atau lihat senarai nama pejuang atau berkhayal…. Kata orang… satu gambar membawa seribu makna. So simpulkan sendiri.
/me tidak ada pilihan dalam memilih
No comments:
Post a Comment