Ye, aku akan undi pembangkang sebab dendam. Jangan tanya
kenapa. Banyak sebab kenapa aku dendam.
Aku nak tanya Mahathir, Najib dan Pak Lah. Siapa yang
meletakkan CEO di semua GLC.? Kenapa baru sekarang Mahathir baru menyentuh isu
GLC yang tidak relevan membantu bumiputera..?
Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini..
Aku rasa umno dah diberi peluang tapi peluang itu
disia-siakan. Bukan sahaja pemimpin Umno mengamalkan kapitalis, malah ramai bos
di syarikat GLC atau syarikat-syarikat dibawahnya mengamalkan kapatalis.
Kebanyakan ceo yang dilantik gaji mereka setinggi
gunung everest tapi kenaikan kakitangan hanya lepas untuk membeli pampers.
Pernah satu ketika increment hanya 38 ringgit sedangkan kenaikan sara hidup
berlipat kali ganda. Bukan itu sahaja, kebajikan pekerja dipotong semata-mata
untuk menjana keuntungan syarikat bahkan pada tahun lepas bonus tahunan hanya
sekadar 0.5.
Gah dimata tapi nanah di dalam.
Ini adalah trend semua ceo kerajaan. Mereka ini bukan
menjana keuntungan dengan membina empayar perniagaan tetapi lebih suka memotong
kebajikan pekerja kerana mereka berasakan bahawa pekerja adalah liabiliti syarikat.
Lihat sejarah Idris Jala semasa memegang Mas. Dia
banyak menjual asset termasuk bangunan Mas di KL. Selepas kejayaan beliau ‘menjual’
Mas, Najib tanpa segan melantik beliau sebagai Menteri Pemandu untuk menjual kepentingan
rakyat.
Pendekatan ini juga dipraktikan oleh kerajaan
Selangor. Tahun lepas Khalid Ibrahim dikecam kerana banyak menjual banyak tanah
termasuklah tanah di Sarawak. Tapi tahun ini Khalid Ibrahim dijulang sebagai
Menteri Besar terbaik kerana tabung duit Selangor melebihi 1 billion.
Inilah cara melayu menjadi bos.
Sepatutnya GLC berperanan memacu ekonomi, pemangkin
kesejahteraan rakyat dan membawa agenda negara tapi sebaliknya GLC dijadikan
tempat kapitalis segolongan manusia termasuk pemimpin negara. Mereka jadikan
syarikat kerajaan sebagai lombong emas yang perlu dikorek dan ditarah hingga gondol
semata-mata untuk mengisi tembolok sendiri.
Sebenarnya rakyat tersepit dengan kepemimpinan
yang ada. Rakyat tidak ada pilihan. Anwar juga bekas pemimpin umno yang haprak.
Walaupun sejarah membuktikan bawah kes forex, IPP, PPTN, Scorpene dan pelbagai
lagi kes adalah semasa dia menjawat menteri kewangan tapi beliau masih dijulang
sebagai pemimpin yang bersih.
Hakikatnya, inilah sebahagian cara tadbir dalam
negara sekarang dimana Anwar adalah pelopor kepada kebobrokan sikap ceo glc yang
diamanahkan oleh rakyat.
/me Mas-Air Asia, TNB-MY Power, Petronas-????
No comments:
Post a Comment