Dikatakan perjuangan Pas ialah menegakkan negara Islam walaupun Tun Mathir selaku Perdana Menteri telah menyatakan Malaysia ialah negara Islam. Tapi pada pendapat Pas, negara tidak cukup Islam jika hudud tidak dilaksanakan.
Hudud bukan bukan satu isu tapi polimik yang sengaja disensasikan oleh sesetengah pihak untuk mencari dividen politik. Hudud adalah undang-undang Islam jadi tidak ada sebab mengapa aku menolak perlaksanaannya.
Mana mungkin undang-undang Islam menzalami umatnya sendiri. Kalau kita mengatakan hudud itu zalim maka secara langsung tergelincirlah akidah kita. Kenapa kita harus takutkan hudud jika kita tidak melakukan kesalahan.? Adakah undang-undang sekarang tidak zalim sedangkan sudah beratus orang sudah mati di tali gantung.?
Alasan dan perlaksanaan.
Melaksanaan sesuatu yang dituntut oleh agama bukan sesuatu perkara yang mudah terutama perlaksanaan yang memerlukan persefahaman sejagat. Ada sesetengah pendapat menyatakan ia hanya sekadar alasan, mungkin ada kebenaran terhadap pandangan tersebut tetapi yang pasti kita tidak boleh menolak halangan bahawa rakyat negara kita adalah masyarakat majmuk.
Ustaz Amin (unversiti kehidupan ) menyuarakan, mungkin hudud ini agak sukar untuk dilaksanakan tapi sepatutnya kita boleh mengorak langkah dengan memperluaskan lagi peranan makamah syariah. Ketika ini makamah syariah hanya terhad kepada masalah nikah khawin.
Walau hudud sudah berdekad-dekad kedengaran namun kerajaan yang memerintah tidak pernah berusaha untuk melaksanakannya. Sebaliknya Kelantan dan Terengganu telah membuat draf tentang qisas dan ta’zir tetapi ditolak oleh Tun Mahathir Mohamad.
Tentang penolakan ini dijelaskan dengan versi-versi yang berbeza. Tun telah membuat penjelasan bahawa dia bukan menolak hudud Allah tetapi hudud Pas dimana draf yang diserahkan perlu penambahbaikan kerana terdapat ketidakadilan dalam menghukum.
Apa yang dikatakan oleh Tun, mungkin ada kebenaranya kerana veri hudud Kelantan dan Terengganu adalah berbeza sedangkan hudud Islam sepatutnya ada satu versi kerana hudud bukan undang-undang ciptaan manusia tapi diturunkan oleh Allah.
Di pihak Pas, penolakkan tersebut dijadikan modal politik dalam sesi ceramah mereka sedangkan mereka sebenarnya ada kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Memetik dari kenyataan dewan ulama pusat (sini) Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad bahawa sebenarnya Pas boleh melaksanakan hukum tersebut tanpa persetujuan dari Perdana Menteri. Hujah ini dikuatkan dengan pendedahan Datuk Ibrahim Ali ,menyatakan lajnah undang-undang atau guaman Pas bahawa hudud boleh dilaksanakan di Kelantan dengan sah.
Keputusan Pas menukar agenda parti dari negara Islam kepada negara kebajikan menguatkan lagi hujah bahawa keputusan umno tidak melaksanakan atau menangguhkan hudud adalah keputusan tepat. Jika Umno salah dalam tindakan mereka, mengapa Pas mengikut jejak umno.?
Kesal.
Muktahir ini, orang cina begitu lantang menentang hudud. Jika MCA menolak hudud, apa kurangnya dengan Dap yang mahukan status negara ini sebagai sekular. Kita orang Islam tidak boleh marahkan mereka sebaliknya kita harus melihat kesilapan kita sendiri.
Kita yang membenarkan hudud ini sebagai bahan politik. Sebab itu hudud dipolitikan dan dicanai oleh orang kafir sesuka hati mereka. Apa ertinya Pas berdemo menentang hudud di hadapan bangunan MCA sedangkan rakan sekutu mereka DAP juga menentang hudud. Adakah sekular itu bukan menentang hudud..?
Orang kafir selari dan senada dalam memperjuangkan kehendak mereka. Tapi kita orang Islam saling bertelagah menuding jari demi mengejar kuasa. Kalau benar pakatan ingin melaksanakan hudud, mengapa tidak kedengaran Selangor akan melaksanakan undang-undang hudud.? Mengapa harus terarah pada Kelantan sahaja.? Melayu di Selangor tidak Islam kah.? Begitu juga di Kedah.? Mengapa Azizan tidak membuat draf hudud.?
Hudud ini adalah perkara yang besar. Mengapa kita tidak melaksanakan perkara yang mudah dahulu. Aku ambil contoh, mengapa kita tidak berusaha ayam sebagai makanan asasi rakyat Malaysia diwajibkan disembelih.?
Hakikatnya, hudud ini dijadikan modal politik dan bukan disebabkan tuntutan agama. Andai kita bersatu dan meletakkan hudud itu di tempat yang eksklusif tidak mungkin kafir harbi boleh mempermainkan agama kita.
No comments:
Post a Comment