Sunday, October 14, 2012

Rapid Pengerang

Apa sebenarnya isu Rapid Pengerang.? Bila aku google permasalahan berkisar pada penempatan, pampasan, pemindahan perkuburan dan toksid.

Bukan kampung aku yang kena rojak so aku tak nak komen. Baik kita cerita am sahaja. Edit dari cerita google dan tambah sedikit perisa.

Toksid ini aku kira hanya isu politik. Kalau cerita suam-suam kuku orang tak nak baca. Olahan cerita kena sedap. Tak kisah la fitnah ke apa. Yang penting semua isu yang dibangkitkan, rakyat akan merasakan kerajaan sekarang begitu zalim dan menindas rakyat. Ini asas kempen pakatan rakyat.

Aku tidak menolak apa yang diperkatakan oleh Salahuddin Ayub. Kalau benar pampasan dari kerajaan tidak memadai, kita kena membela masyarakat kampung tersebut. Mana-mana projek swasta mesti mengeluarkan modal. Jadi Petronas kena memberikan pampasan sewajarnya termasuk kos peningkatan nilai tanah walaupun kenaikan itu 200%.

Isu mengapa kerajaan tidak membuat projek tersebut di tanah kerajaan yang terletaknya hanya 10km dari lokasi tersebut. Dakwaan ini hanya kerajaan atau Petronas sahaja yang boleh menjawabnya. Mungkin ada data-data atau sebab mengapa kerajaan sanggup membuat pemindahan kepada 10 kampung tersebut.

Kalau tanya pendapat aku, kemungkinan kedalaman laut pada lokasi tersebut kurang sesuai untuk laluan kapal atau kapal berlabuh.

Ada sedikit kemusykilan mengapa Wong Chen dari menyarankan projek Rapid ini dipindahkan ke Ketereh dan kapasiti projek dikecilkan. Projek ini dibuat di Pengerang adalah kerana jajaran lokasinya yang startegik disamping untuk menandingi loji penapisan minyak di Singapore.



Adakah saranan dari beliau adalah semata-mata untuk melindungi kepentingan loji di Singapore.?

Sejak kebelakangan ini, pemimpin cina dan melayu PKR begitu lantang mengkritik projek yang diberikan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Dari projek pelabuhan Penang sampai ke Bernas. Mereka seakan menekan dan membunuh satu-satunya taycon Melayu yang berjaya.

Apa motif mereka.? Mengapa melayu seperti Nurul Izzah ini menjadi dalang untuk membunuh usahawan Melayu..?

Projek ini dah dimulakan ke..? Kalau belum nampak ada sesuatu yang tak kena. Kapal tak masuk lagi tapi semua ikan dah mati.? Cam ada unsur sabotaj je.

Buat rakyat Johor khasnya orang Pengerang, terpulanglah. Anda nilaikan sendiri. Limpahan ekonomi 60 billion bukan sedikit.

/me mereka ada agenda

No comments:

Post a Comment