Aku tak pernah mengikuti isu air Selangor. Aku anggap ia propaganda politik BN untuk merampas Selangor atau kerajaan pusat cuba mengekang kenaikan
kos yang ditanggung oleh mereka akibat kelewatan projek.
Walau aku tak mengikuti jalur cerita Langat 2, secara
peribadi projek ini adalah baik untuk penduduk Selangor kerana kita sudah
maklum bahawa Lembah Klang pernah mengalamai krisis air yang teruk. Begitu juga
dengan Melaka dimana suatu ketika dahulu empangan yang sepatutnya dipenuhi air telah kering kontang
akibat kemarau panjang.
Tapi kini dilaporkan Melaka tidak ada masalah air walaupun
hujan tidak turun sepanjang tahun. Ini hanya peribahasa Ali Rustam yang
menggambarkan Melaka telah membuat kerja-kerja menaik taraf pada
empangan-empangan di Melaka.
Berlainan di Selangor.
Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak projek Langat 2 dan
menggantikan dengan teknologi mambran kerana kerajaan Selangor beranggapan ia
lebih murah dan dapat menjimatkan sebanyak 500 juta.
Apa yang menarik minat aku sehingga aku menulis (nota aku)
ialah pengertian penjimatan yang ditulis oleh blog Belantan. Bila aku check di
google, rupanya ia ditulis oleh Bekas Pengarah di ruangan forum utusan.
Betul ke teknologi itu membrane itu murah dan menjimatkan.?
Dalam hal
ini sama ada MB terkeliru atau sengaja mengelirukan orang ramai, teknologi
membrane yang dicadangkan dengan harga RM800 juta ini hanya mampu mengeluarkan
air terawat sebanyak 1 juta liter sehari atau dalam terminologi pengeluaran air
1 Juta Liter per Hari (JLH).
Kos
pelaburan untuk Loji Langat 2 pula adalah RM3 bilion untuk pengeluaran 1,300
juta liter sehari atau 1.3 bilion liter sehari. Tan Sri Khalid faham tak beza
juta dan bilion? © Utusan Melayu (M) Bhd
Kita ditipu oleh angka walhal sebenarnya nilai kosnya adalah
berlipat kali ganda mahal daripada kos Langat 2. Dan yang lebih penting ialah
teknologi mambran adalah teknologi ‘merawat’ dan bukan membekal air seperti
Langat 2 yang menyalurkan air dari Pahang.
Persoalan, adakah teknologi mambran ini sesuai bagi jangka
masa panjang sedangkan pembangunan di Lembah Klang begitu pesat membangun. Apa
ertinya mambran jika air yang hendak diproses tidak ada.? Adakah Rakyat
Selangor mahu dibekalkan air dari lombong yang sarat dengan logam berat.?
Hakikatnya, dulu Kerajaan Pakatan memberi jaminan bekalan
air di Selangor mencukupi tapi setelah air di kebanyakan empangan semakin
susut, maka mereka memperkenalkan teknologi membrane.
Apa yang hendak simpulkan
ialah apa yang dikatakan kerajaan pusat ada kebenarannya dan secara tidak
langsung Kerajaan Selangor telah memperjudikan kesejahteraan penduduk Selangor
kerana politik sempit mereka.
betul2,terowong air juga mampu menyimpan berjuta liter utk musim kemarau....
ReplyDelete