Al FATIHAH untuk Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail.
Hanya termenung bila mendengar seorang lagi anggota keselamatan kita gugur dalam serang hendap tentera penceroboh pagi tadi. Tak tergambar, kesedihan seorang ibu bapa atau keluarga yang kehilangan seorang anggota keluarganya. Mudah untuk kita mengucapkan tapi hakikat untuk menerima dugaan Ilahi, ia perlukan iman yang kukuh untuk kita lebih sabar dan tabah.
Bayangkan kita ayah kepada perwira tersebut.? Bayangkan suami kita yang gugur..? Bayangkan kita sendiri di medan pertempuran. Bayangkan la… jangan asyik tekan keyboard dan menghentam mereka yang berjuang mempertahankan keamanan.
Aku amat-amat-amat kecewa dengan sebilangan sikap rakyat Malaysia yang tidak pernah rasa bersyukur. Mereka bukan sahaja memperkecilkan keupayaan tentera kita malah ada yang memperlekehkan tentera kita di medan pertempuran.
Lebih malang bila ada anggota keselamatan kita sendiri juga tergolong dari golongan orang yang tidak mengsyukuri nikmat keamanan. Sepatutnya orang-orang seperti ini diletakkan barisan hadapan. Biar mereka merasai sendiri nikmat‘sandiwara’ pencerobohan pengganas sulu ini.
Politik ada batasnya, tapi sekarang kita terlalu berpolitik sehingga semua perkara hendak dipolitikan. Tentera kita bukan robot atau autobot… tapi tentera kita adalah manusia seperti kita yang mati dan tidak akan kembali. Mengapa kita harus memperlekehkan mereka.?
Kalau negara kita berperang, bukan Najib sorang je yang melarikan diri… Anwar Ibrahim pun cabut lari laaa….. tolong la jangan jadi bebal sangat.
Apapun, kita sebagai seoran Islam wajib redha dengan pemergiannya sebagai seorang perwira yang mempertahankan agama, bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment