Monday, April 22, 2013

BN masih yang terbaik


Perubahan itu baik tapi tidak semestinya perubahan mengikut apa yang kita mahukan. Kekadang perubahan itu hanya sekadar pengharapan yang belum tentu mengikut apa yang di mahukan.
Dari konteks politik perubahan yang ditawarkan memang baik tapi jika kita meneliti dari pengalaman kerajaan di Selangor aku tidak nampak keperluan perubahan kepimpinan. Tapi jika sepanjang 5 tahun lepas Pakatan berjaya membawa perubahan yang ketara di Selangor, aku tidak menolak perubahan tersebut.
Kebanyakan isu di Selangor ada asasnya. Bukan sahaja Pakatan tidak memenuhi janji malah masalah seperti sampah dan air memang dialami penduduk Selangor. Peparitan yang tidak diselenggara dengan baik banyak mengundang banjir kilat di beberapa kawasan seperti di Serdang dan Kajang dan Puchong.
Mengapa aku menumpukan di Selangor dan bukan di Kedah, Kelantan atau Penang.
Aku tinggal di Selangor dan ia merupakan ia merupakan negeri yang termaju. Tidak sepatutnya negeri yang hebat ini mengalami masalah pentadbiran yang remeh seperti pengurusan sampah atau jalan yang tidak diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.
#Kedah
Kepimpinan Menteri Besar dipertikaikan oleh anggota exco sehingga kuasa MB diselia oleh peringkat pusat. Adakah perebutan kuasa ini teladan yang baik untuk kita jadikan perubahan.? Jika kerajaan terdahulu menebang balak, apa bezakan kerajaan Pas Kedah sekarang.?
#Kelantan
Negeri yang memecah rekod paling banyak pecah tanah tapi gagal dalam perlaksanaanya. Yang sering dipersalahkan ialah kerajaan Persekutuan dalam memberi royalty minyak. Nampak sangat kepimpinan mereka ketandusan idea dalam membangunkan negeri atau mencari punca pendapatan. Pendapatan mereka lebih kepada kais pagi makan pagi. MB lebih suka berkebun dari mencari pelaburan.
#Penang
Negeri ini masih dalam kemajuan tetapi pemerintahan Dap membuktikan sememangnya mereka ini anti melayu. Di pulau peniaga dan penduduk melayu sering diberi tekanan tapi pada masa yang sama memberi keistimewaan kepada peniaga cina. CAT yang dicanangkan juga tidaklah setelus mana. Kalau kita rajin membaca kita ada jawapanya.
#Nasional
Bagaimana mereka boleh mentadbir negara dengan baik sedangkan mereka tidak pernah sepakat dalam membuat keputusan.Kalau pembahagian kerusi dalam pilihanraya pun mereka gagal membentuk persefahaman, apakah jenis hubungan kita harus berikan kepada mereka.?

Kesimpulan, cerita indah yang dipost wall fesbuk adalah sekadar bahan kempen. Jika sebelum pilihanraya mereka menjanjikan seribu kebahagian, tetapi setelah memiliki kuasa mereka tidak ubah janji Kg Buah Pala. 



Sepatutnya wakil ketua menteri datang membantu, tapi jentolak yang dikirim oleh Lim Guan Eng. Anwar memang hebakk menipu.


No comments:

Post a Comment