Saturday, April 20, 2013

Kamalia tak kisah kena pecat.. dia dah tua..


Umno itu parti politik dimana kerajaan akan dibentuk dari kemenangan parti politik. Suka atau tidak, calon pilihanraya perlu di lantik dari orang-orang parti. Perubahan kena ada tapi biar la berpada-pada bagi mengurangkan kesan kepada kekalahan kepada parti.
Pru13 adalah Pru yang paling panas dan ramai yang menyatakan pru kali ini ialah ibu segala pilihanraya untuk setakat ini. Ini dibuktikan dimana bilangan kerusi ditandingi oleh calon bebas termasuk Naib ketua wanita Umno di Parlimen Kuala Kangsar dan Ketua Pemuda Sepang.
Agak menghairankan tindakan yang dibuat oleh Ketua Bahagian Sepang, Ir Mohd Zin yang tidak mencalonkan wakil tertinggi bahagian bagi mengisi calon di bahagian dun di parlimen tersebut. Adakah mereka ini tidak memenuhi kritiria winnable candidate sehingga tiada langsung dikalangan mereka tidak dicalonkan.?
Adakah umno Sepang tidak takut dengan tindakan sabotaj dari mereka yang ditolak.? Atau Mohd Zin yakin dalam pemilihan parti akan datang beliau masih lagi mampu menjadi ketua bahagian Sepang..?
Bagi aku tindakan dari Datuk Kamalia dan Suhaimi ada asasnya. Jangan la kita hiprokrit dengan jangan berebut jawatan atau marah sebab tidak dicalonkan. Orang yang berkata sedemikian adalah orang yang sudah menjadi calon. Kekadang ada orang politik modal banyak tapi untung tidak seberapa. Itu belum dikira masa untuk kerja-kerja parti untuk rakyat menyokong parti. Tapi bila tiba masanya pilihanraya, calon dari langit dipertaruhkan. Orang lain yang pecah ruyung, orang lain yang dapat sagunya.
Insiden di Sepang sepatutnya Najib memandang serius. Kalau benar mereka tidak layak, maksudnya pengundi Sepang menolak Ir Mohd Zin kerana umno Sepang secara total tidak membuat kerja. Dari timbalan ketua bahagian, ketua2 dan timbalan2 termasuk puteri semua tidak dicalonkan, hanya ketua bahagian sahaja menjadi calon. Ini sudah tidak betul dan selayaknya pengundi Sepang memilih Hanapiah Maidin dari Pas sebagi wakil mereka.
Umno sepatutnya menyaring calon dengan tepat dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kepentingan parti. Malangnya Umno gagal menanangi isu calon secara tuntas walaupun usia umno sudah melebihi 50 tahun.
Jika umno tidak mengalami isu calon dengan sebegini besar, aku yakin umno boleh mempertahankan putrajaya. Tapi malangnya umno yang diketui Najib gagal dalam ujian terakhir sebagai Presiden parti.

No comments:

Post a Comment