Saturday, May 4, 2013

Pakatan Semakin Hura Hara..


Difahamkan melalui emel ini, satu maklumat sulit telah dibocorkan dan berjaya dikesan. Maklumat sulit tersebut merupakan arahan daripada pihak PAS Pusat kepada semua ahli PAS seluruh Malaysia.
Emel tersebut telah dihantar daripada orang PAS sendiri.




Apa yang dapat diterjemahkan daripada emel tersebut, arahan tersebut memang datang daripada PAS Pusat yang seakan didesak oleh Majlis Syura PAS untuk 'mufarakah' daripada Pakatan Rakyat.

Satu lagi, arahan ini dimaklumkan merupakan arahan sulit yang menjadi edaran senyap buat semua ahli PAS. Ia seolah membisikkan hanya undi calon PAS sahaja dan tidak memangkah undi untuk mana-mana calon lain termasuk PKR dan DAP.

Nampaknya ada kebenaran pada satu posting blog oleh Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR pagi tadi. Melalui blog tersebut dikesan Azmin telah mempersoalkan akan wujudnya satu usaha oleh parti/individu tidak bernama untuk mufarakah.

Namun begitu entri blog tersebut telah dipadam mungkin kerana ditegur oleh pihak yang lebih 'atas' daripada Azmin. Tetapi Mc ada menerima 'printscreen' tulisan blog Azmin daripada rakan blogger Keris7Lok.


Boleh juga ada baca di Kritis Online yang ada transkrip penuh tulisan Azmin di blognya sebelum dipadam --> [KlikSINI]

Jadi benarlah PAS sedang dalam usaha untuk berpisah daripada Pakatan? Azmin sudah mengesannya dan PAS juga sudah 'berbisik' sesama sendiri untuk hanya sokong Calon PAS. Apakah kini Pakatan akan menjadi Pakatan Rebah? kedahkekl


No comments:

Post a Comment