Lim berkata, perkara tersebut satu kesalahan dan sepatutnya boleh dielakkan.
Katanya, kerajaan negeri melantik exco Jagdeep Singh Deo untuk melihat isu tersebut dan memastikan ia tidak berulang.
"Saya terkejut dan tidak dapat terima alasan kurang masa digunakan untuk menggantung sesi itu," kata Lim ketika membahaskan ucapan gabenar pada Selasa.
Ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid kelmarin menyelar keputusan Speaker Law Choo Kiang untuk menggantung sesi itu, yang disifatkannya sebagai "hukuman mati ke atas demokrasi".
Spekaer Law Choo Kiang sebelum itu menjelaskan, sesi itu digantung untuk menjimatkan masa dan ia tidak akan mengganggu persidangan kerana masih mengikut peraturan Dewan MK.
Kalau kerajaan negeri mengamalkan ketelusan, tidak mungkin terjadi persidangan dewan bisu. Wartawan utusan tidak dibenarkan masuk, dikatakan salah faham pengawal. Angka kos projek naik berbillion.. sekadar alasan typing error. Aduhai.. mudahnya memberi alasan. Tapi nak wat camne.. dah ini standard politik kita.
/me Apa kata rakyat..?
No comments:
Post a Comment