Tuesday, July 23, 2013

Kalau bukan Husam, siapa yang bagi lesen balak lombong.?

Aku agak berminat dengan video ini. Sebab pertama kerana pembangkang sering menyatakan umno sahaja yang rasuah. Mungkin ramai yang tak tahu, bahawa sekarang kebanyakan projek yang dikeluarkan oleh majlis di Selangor, kontraktor perlu menyumbangkan kepada adun kawasan. 

Selama ini Pas mendabik dada Kelantan atau pembangkang adalah kerajaan paling bersih di dunia. Mengapa Husam menekankan “jika kerajaan ini kerajaan dunia yang mahu mengaut kekayaan balak lombong ”.?

Ini kerana selama ini kerajaan Kelantan juga menganugerahkan konsesi balak dan lombong tanpa mengikuti proses tender. Apa maksud beliau dalam hal ini.? Adakah beliau sengaja memberitahu kepada dunia bahawa pentadbiran Nik Aziz tidak lari dari elemen rasuah.?

Husam memang tidak mendambakan kereta dan elaun sebagai exco, tapi sebenarnya apa yang diucapkan ialah kekecewaanya kerana hasil balak dan lombong sudah tidak menjadi sumber pendapatanya. Usia pentadbiran Ahmad Yaakob baru beberapa hari, jadi siapakah selama ini yang mencuri kekayaan negeri selama ini.?

Pas tidaklah sesuci mana. Mereka nampak zuhud kerana dalam semua sesi ceramah akan ada pengedaran tin milo. Tapi sebenarnya ia tidak menggambarkan poket pemimpin mereka. Kalau Bn selalu dikaitkan dengan rasuah, adakah dengan penajaan syarikat swasta terhadap pemimpin tertentu tidak dianggap rasuah. Bukankah satu ketika dulu, Nik Aziz juga dikaitkan dengan tajaan umrah.? Aku tidak menyatakan Nik Aziz mengambil rasuah, tapi Pas memang pandai memutar belitkan fakta. Jika umno rasuah tapi jika yang melibatkan mereka adalah sedekah.

Baru-baru ini Husam diarahkan untuk membayar 40K kepada seorang blogger. Aku kira nilai tidak tersebut bukan nilai yang besar kepada beliau kerana beliau diketahui mempunyai kewangan yang agak kukuh. Sebagai seorang politik, tak perlu la menuding politik lain sebagai pengambil rasuah. Tapi kerana rakyat amat senang dengan cara ini, maka isu rasuah terus dimainkan oleh mereka untuk mengaburi mata rakyat.

Siapa Che Long aka calon Pas prk Kuala Besut.? Seorang kontraktor yang mencari projek di Kelantan. Beliau dikatakan proxy Husam. Dalam erti kata lain, sebenarnya Che Long bukan banker Pas tapi Husam. Kemungkinan banyak projek disalurkan kepada calon ini sehingga beliau mampu menubuhkan syarikat kelas A serta menaja aktiviti Pas. Bukankah ini dikatakan sebagai situasi conflict of interest?

No comments:

Post a Comment