Friday, July 26, 2013

pemimpin umno memang bacul

Agak kecewa guru besar yang difitnah telah dikenakan cuti rehat selama seminggu sementara menunggu keputusan daripada pihak jabatan. Aku tahu, ia adalah prosedur biasa dalam siasatan kes dan tidak perlu dipertikaikan. Aku cuma berharap tidak ada hukuman yang dikenakan ke atas beliau.

Menurut laporan polis yang dibuat, tindakan mengadakan kantin alterntif adalah kerana tidak mahu pelajar makan dalam keadaan yang tidak bersih iaitu di tepi longkang. Bagi aku tindakan tersebut adalah langkah yang amat baik dan keputusan yang dibuat melalui perundingan melalui PIBG. Maka sewajarnya masyarakat tidak memandang serong terhadap langkah yang diambil.

Tapi jika pihak kementerian mengambil tindakan terhadap guru besar terbabit, maka orang yang sepatutnya juga diambil tindakan juga ialah Muhiyydin Yassin dan timbalannya Kamalanathan kerana tidak menyediakan prasarana yang mencukupi kepada pihak sekolah.

Satu soalan untuk Kamalanathan, dimana tempat paling sesuai untuk dijadikan kantin sementara..? Bilik darjah atau pejabat menteri dan timbalan menteri pelajaran.? Jangan pandai cakap, tapi tak pandai membantu. Lain kali kalau ada permohonan atau masalah di sekolah, rajin-rajin la turun padang.

Sebenarnya isu tidak menjadi isu. Tetapi kerana politik perkauman yang melampau maka orang yang berdidikasi membantu anak bangsa teraniaya. Dalam hal ini, mengapa orang yang membuat adu domba tidak disiasat oleh pihak berkuasa.?

Sebenarnya teknik fitnah dan lepas tangan adalah modus operandi pembangkang. Meraka akan memfitnah lalu mendiamkan diri atau meminta maaf. Aku lihat teknik ini amat berkesan kerana kerajaan tidak sensetif membendung gejala ini. Sebab itu sekarang ini, semakin ramai yang berani mengeluarkan kenyataan yang melampau.

Aku amat kasihan dengan guru besar SK Seri Pretina ini. Usaha gigihnya dibalas dengan tuba. Sebab itu aku tidak berminat dengan prk Kuala Besut. Umno hanya pandai bercakap tapi tidak pandai melaksanakan tanggungjawab.

Terlalu banyak kes tidak menyebelahi orang melayu walhal orang melayu yang mengundi umno untuk memerintah. Dikala guru besar ini meminta sokongan pemimpin umno, tidak ada seorang pun daripada mereka tampil memberi sokongan. Jika inilah sikap orang umno, maka pengundi Kuala Besut telah silap memilih pemimpin.

Najib tidak berubah. Mengapa aku harus menyokong beliau.? Dari dulu lagi Najib telah membuang kepenting orang melayu melalui laungan transformasi. Walaupun orang cina dan India menolak umno, tapi Najib masih memberi keistimewaan kepada kaum yang tidak menyokong.

Mahathir tidak ada duanya. Sewaktu era beliau, tidak ada seorang pun yang berani mengutuk melayu apatahlagi Islam. Walau dihujung usia, beliau masih tidak jemu-jemu membela bangsa aku. Namun seruan beliau hanya dipandang dingin oleh Najib. Perlukah Najib disingkirkan.?

Bagi aku wajib menyingkirkan pemimpin seperti ini.

No comments:

Post a Comment