Sunday, July 14, 2013

Tazkirah terawih


Ramai yang mengecam larangan tazkirah terawih. Secara peribadi aku setuju tiada takzkirah sewaktu solat terawih. Kat kampung tidak ada tazkirah tetapi kekadang diselitkan dengan pengumuman penting atau nasihat kepada jemaah. Di bandar keadaan berbeza dimana kebanyakan masjid ada diselitkan dengan tazkirah.

Adalah lebih baik tazkirah dibuat sewaktu diantara waktu solat maghrib dan Isyak atau selepas solat terawih. Ada sesetengah jemaah kepenatan kerana urusan kerja seharian. Aku rasa waktu itu sesuai dan adil kepada semua jemaah.

Akan tetapi jika tazkirah itu mengandungi unsur paksaan, di mana sebahagian para makmum datang hanya untuk solat Isyak dan solat tarawih dan ingin pulang awal kerana pelbagai urusan bukankah ada yang merasa terpaksa.?

Bukankah dalam Islam kan tiada paksaan.?

No comments:

Post a Comment