Aku tidak memperlekehkan usaha kumpulan ngo Islam dalam mempertahakan kalimah Allah. Tapi aku lebih suka bercakap berdasarkan realiti.
Ustaz Nasaruddin Mat Isa dilantik menjadi jurucakap kepada kumpulan ngo Islam. Siapa dia Ustaz Nasa.?
Ustaz Nasa adalah bekas timbalan presiden Pas tetapi apa pendirian pas dalam kalimah Allah.? Kalau Pas sendiri bersengkongkol dengan Teressa Kok, bagaimana kerajaan mampu mengusir wakil Iblis ini.?
Serata dunia umat Islam sekarang dalam keadaan terlalu lemah termasuk negara kita sendiri. Sebelum membicarakan tentang masalah Islam sejagat, adalah lebih baik menyuluh masalah dalam negara yang agak sulit diselesaikan.
Masalah berpunca daripada tekanan umat Islam sendiri yang melulu dalam membuat tindakan. Jika ahli Pas berfikiran rasional dalam berpolitik, tidak mungkin pemimpin Pas berani mempertaruhkan kesucian agama Islam.
Dalam hal ini aku bukan menyalahkan Pas seratus peratus. Tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa masalah umat Islam adalah kerana peranan Pas atau pembangkang yang sukarela menjadi jurucakap kepada iblis.
Buktinya - apa kata mursyidul am Pas berkenaan dengan isu ini. Kedua, berapa ramai ahli agama yang pro Pas yang menyokong bahawa orang kafir di Malaysia boleh menggunakan kalimah Allah. Cth Dr. Asri yang bermatian berhujah bahawa tuntutan kafir ini ada asasnya. Ketiga, bukankah Pas dan melayu pembangkang yang tidur sebantal dengan mereka yang mahukan Islam ini diliberalkan. Contoh nyata : MP Kampar dikatakan mendesak kerajaan menghapuskan tamadun Islam sebagai subjek wajib di ipts. Ambiga merupakan orang bertanggungjawab dalam isu IFC dan Terresa Kok merupakan syaitan kecil orang kafir. Fikirkan, siapa yang menyokong mereka ini.??
Sukar untuk aku menterjemahkan apa yang tersirat dalam bentuk penulisan. Aku umpamakan seperti ini. Omar Osman mendesak kerajaan review gaji kakitangan awam atas nama mewakili 1.3 juta ahli. Jadi suka atau tidak, kerajaan harus mempertimbangkan tuntutan tersebut. Jika Omar Osman menyatakan dia mewakili seratus orang, sudah pasti tuntutan tersebut tidak sekuat 1.3 juta ahli.
Memang, semua bergantung kepada perdana menteri. Tapi kita harus fikir kedudukan dan kekuatan seorang perdana menteri. PM perlu dilantik dengan sokongan rakyat. Dalam kes ini, Pas telah membuatkan PM dalam keadaan yang sukar untuk meletakkan Islam dalam kedudukan yang terpuji. Dalam erti kata lain, demi politik agama boleh dicaturkan.
Sekarang kita boleh lihat berbagai jenis sikap kurang ajar yang dilakukan oleh orang kafir terhadap Islam. Dalam hal ini, aku menuding kerajaan yang berlembut dan tidak mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab. Aku sebagai rakyat sewajarnya menuding kepada menteri kdn dan pihak polis, tapi adakah kita faham situasi menteri kdn sekarang ini.?
Kerana ketegasan Ahmad Zahid beliau telah menjadi sasaran pembangkang. Begitu juga pihak polis.Lihat sekarang bagaimana pihak polis diserang kiri dan kanan. Sekarang siapa yang membela mereka.? Semua MP tidak berani menyokong tindakan Zahid Hamidi malah ada menteri umno bertindak sebagai hero pembangkang.
Apapun pihak polis dan pihak yang bertanggungjawab wajib menjalankan kerja mereka tanpa rasa takut. Sekarang ini terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh orang kafir. Penghinaan seperti ini sudah biasa sekarang ini. Mereka begitu berani secara terbuka menghina agama kita.
Lihat bagaimana orang kafir mempersendakan umat Islam. Mudah bukan kesalahan mereka ditebus dengan ungkapan minta maaf.
Hari ini sekali lagi didedahkan orang kafir sewenang-sewenangnya menjual Al-Quran. Untuk memegang Quran kita perlu dalam keadaan bersih, mengapa orang kafir dibenarkan menjual ayat suci ini.? cerita lanjut. MPP.
Jika kita bersatu dengan menolak pandangan politik, masalah ini tidak mungkin terjadi. Tetapi kerana politik wujudnya perpecahan lalu Islam di injak oleh kafir tanpa ada sebarang bantahan oleh kita. Kalau isu yang sekecil ini umat Islam berdiam diri, bagaimana harus menghapuskan bapak Iblis.?
No comments:
Post a Comment