"luaskan kuasa mu, Johor" |
Aku bukan mahu menulis tentang kekuatan sesebuah pasukan atau pasukan johor akan dilatih oleh bekas pengurus Valencia atau kelibat Pablo Aimar. Aku tertarik dengan ura-ura bahawa liga Malaysia mahu dijalankan oleh pihak ketiga. Walau sekarang ini pemain bola sepak sudah memasuki era profesional, tetapi bukan kepada pengurusan liga.
Adakah Liga Malaysia akan berubah wajah.?
Aku rasa tidak. Landskap bola sepak negara adalah berbeza dengan EPL dimana pasukan yang bertanding di EPL terdiri daripada kelab. Jika FAM mahu melakukan, rakyat secara umumnya harus berkorban jiwa dan raga dan menggubal beberapa peraturan persatuan. Sebagai contoh - peraturan mewajibkan Presiden PBNS mesti Menteri Besar NS mesti digubal. Adakah rakyat Selangor sanggup FAS diambil alih oleh perseorangan.?
Salah satu kerancakan Liga Malaysia pada tahun ini adalah kerana FAM membenarkan pemain import. Kehadiran Daniel Guiza sedikit sebanyak menjadi tarikan kehadiran penonton. Jika liga M mahu lebih meriah, kuota pemain import perlu ditambah menjadi sekurang-kurangnya empat orang pemain.
Jika ada suara yang menyatakan ia akan merosakan bola sepak Malaysia, bagi aku itu pendapat budak pra sekolah. Macam mana bola sepak atau mutu permainan pemain Malaysia tidak meningkat jika semua pemain dalam liga adalah terdiri daripada mereka yang hebat.?
Pada mereka yang berhujah akan isu ini, satu soalan aku, " hebat sangatkah pemain Malaysia ini.?" Bukankah alang-alang dah rosak, kenapa tidak mencuba sahaja idea gila ini.
Kehadiran pemain import di Liga J bukan sahaja merancakan industri bola sepak Jepun, malah negara tersebut telah berjaya melahirkan pemain Jepun bertaraf dunia. Jika FAM setuju dengan kehadiran Australia dalam AFC atas perkara yang sama, mengapa bukan dalam liga mereka sendiri.?
Selama ini pemain kita sukar menyesuaikan diri dalam cuaca dan pemakanan eropah. Aku tak tahu samada ia sekadar alasan atau pemain kita sebenarnya tidak mencapai tahap yang diharapkan.
Jika liga kita kompetitif kerana ramainya pemain bertarat bintang, aku rasa FAM tidak perlu menghabiskan duit untuk menghantar pemain ke luar negara seperi Slovakia. Suruh je mereka main di liga tempatan.
Dan satu lagi - tolonglah jangan kata ia akan menutup periuk nasi pemain negara. Jika ia dijadikan satu isu, maka selamanya liga kita, pemain kita tidak akan berubah.
Semalam dikatakan sudah empat bulan pemain KL tidak mendapat gaji. Setiap tahun isu ini akan timbul. Jika ia dijadikan asas perbincangan, maka banyak perkara harus diubah untuk merealisasikan kemeriahan industri bola sepak negara.
Faktor kewangan sebenarnya menjadi tunjang setiap pasukan. Sebagai contoh, semasa Sahidan Kasim menjadi MB Perlis, pasukan singa utara amat digeruni. Setelah beliau tidak memegang jawatan tersebut, pasukan ini hanyut ke liga perdana. Jika kantung pasukan kosong, bagaimana pasukan boleh mengimport pemain yang terbaik.?
Hakikatnya berapa orang sanggup menjadi TMJ.?
No comments:
Post a Comment