Tuesday, August 20, 2013

Malaysia bakal negara republik.?

Aku tak kenal Wan Ji Wan Hussin. Tapi dia digelar ustaz. Mungkin dia belajar aliran agama so dapat la label ustaz kat dahi. Tapi sayangnya, budi pekertinya tidak melambangkan ilmu yang dia ada.

Kalau dia boleh kutuk Haron Din, kenapa aku tak boleh kutuk dia.? Ustaz ada lesen kutuk orang.?
Biar Polis menyiasat video ini
Aku kurang pasti apa tujuan dia hendak menjadikan negara ini republik. Nampak macam dia macam dengki. Agak-agak kalau dia raja, dia nak Malaysia ini menjadi republik ka? Mesti tidak kan. Ilmu agama ada tapi sayangnya hatinya penuh dengan sikap yang disukai oleh syaitan.

Kita sering bercerita tentang mesir. Adakah kita belajar dari situasi mesir.?

Orang kafir tidak mahu berperang dengan orang Islam dengan menggunakan senjata. Mereka tahu, mereka akan kalah dengan orang Islam kerana orang Islam nak mati kerana Allah. Sebab itu sekarang peperangan mereka dengan muslim tidak kelihatan.

Cuba tanya pada diri. Perlu ke perhimpunan seperti ini. Jika kita mengutuk penggulingkan Morsi, adakah tindakan Ambiga ini betul.? tolonglah jangan kata SPR tak telus. Walau berbeza pandangan tapi kita sepatutnya meletakkan keamanan di tempat teratas.


Kalau dulu ada ISA mungkin dia sudah disiasat. Begitu juga dengan akta hasutan. Tapi malangnya undang-undang ini tinggal kenangan. Inilah salah satu sebab kenapa pembangkang mendesak undang-undang ini dihapuskan, Mereka mahu Malaysia menjadi negara republik.

No comments:

Post a Comment