Thursday, September 12, 2013

Air Selangor propa Bn.?

Namun menurut Rafizi, ada asas Syabas tidak menjalankan tugas dengan teliti dan berkemahiran seperti yang dituntut dalam undang-undang dengan membiarkan masalah kerosakan paip secara berulang. 
Pengarah Strategi PKR itu juga berkata, pihaknya akan membawa isu tuntutan ini ke Dewan Rakyat dan mahu Menteri berkenaan bertanggungjawab mengatasi isu masalah air yang kerap berlaku di Lembah Klang. 
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berkata pihaknya tidak akan menghalang penduduk Selangor memfailkan tuntutan terhadap Syabas. 
Malah beliau turut menggalakkan pengguna mengambil tindakan sama bagi memastikan Syabas memperbaiki khidmat pengurusan bekalan airnya pada masa akan datang. “Saya ingat Syabas perlu menjawab beberapa rintihan pengguna…selepas ambil alih penstrukturan air kerajaan negeri akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik,”
Baguslah Rafizi membawa kes air ke tribunal pengguna. Adalah lebih baik jika beliau membawa isu air ini ke makamah. Tidak la hari-hari serabut dengar isu air.

Sebelum pru, kerajaan Selangor menegaskan, Selangor tidak memerlukan projek Langat 2. Khalid memberitahu, kerajaan negeri ada mekanisma yang lebih baik dalam menyelesaikan isu ini. Tambahnya, isu air adalah agenda politik umno. Ini kerana air di Selangor mencukupi untuk  menampung keperluan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Atas keyakinan itu, Khalid telah memasang banner di seluruh negeri bahawa, air di Selangor mencukupi.
Tetapi selepas pilihanraya, apabila kerajaan persekutuan tidak memainkan isu ini, secara tiba-tiba Khalid membuka pintu rundingan. Mungkin ia disebabkan desakan rakyat yang berang kerana kerap kali mengalami gangguan bekalan air. Setakat ini kerajaan persekutuan belum memberikan sebarang respon. 

Sekali imbas Rafizi seperti hero membela nasib rakyat. Tindakan beliau dijaja oleh blogger pakatan sebagai  YB terbaik abad ini. Tetapi rakyat Selangor perlu memahami isu ini dengan lebih tuntas. Kerajaan Selangor mempunyai syer 30% dalam Syabas melalui KDEB dan KPS. Maksudnya jika syarikat Syabas gagal tadbir urus, maka dengan sendirinya kerajaan Selangor gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik. 

Jika rakyat Selangor menyaman Syabas, secara tidak langsung pendapatan kerajaan negeri juga berkurangan. Maka aku sarankan rakyat Selangor yang mengalami gangguan bekalan air beramai-ramai menuntut pembelaan di pejabat tribunal pengguna atau di makamah.

Alasan kerajaan negeri hanya memegang syer minoriti aku rasa ia alasan untuk tidak dikecam oleh rakyat. Jika kita meneliti jawapan daripada Khalid sendiri, kerajaan negeri mempunyai kuasa membekukan capex dalam syabas. Bukankah ia membuktikan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa dalam Syabas.?

Menjawab dakwaan Syabas berhubung tindakan kerajaan negeri membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) yang menyebabkan usaha  menaik taraf perkhidmatan air di Selangor terjejas, beliau berkata sebarang usaha baik pulih yang dijalankan syarikat pengurusan air itu perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri.
“Dalam perjanjian Capex ia perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri kerana secara teorinya usaha baik pulih yang dijalankan oleh Syabas adalah melibatkan aset dimiliki oleh kerajaan negeri.
“Sebab itu kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada usaha tersebut boleh dijalankan atau tidak,” katanya.

Tuntutan daripada 15 penduduk sekitar Pandan itu dikatakan berpunca daripada kerosakan rumah paip di Rumah Pam Wangsa Maju dan Syabas mengambil masa seminggu dalam membaiki kerosakan tersebut.

Untuk makluman, Syabas tidak berkeupayaan menambahbaik atau menyelenggara aset kerana kuasa untuk membenarkan membaikpulih adalah ditangan kerajaan negeri. Jadi bagaimana pihak Syabas mampu memberi perkhidmatan yang terbaik jika kerajaan negeri tidak mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap keperluan rakyat.?

Dua minggu lepas, hampir sejuta rakyat Lembah Klang mengalami gangguan bekalan disebabkan oleh tumpahan diesel atau perkara yang sebenarnya ialah pencemaran tersebut disebabkan pembuangan sia bahan buangan oleh sebuah kilang haram.

Sekali lagi Khalid bermain silap mata dengan rakyat dengan memberi amaran kepada pihak Syabas. Sebenarnya dibawah perjanjian konsesi air di Selangor, kerajaan negeri bertanggungjawab mengenai kerja pembersihan dan tadahan air, memberi kelulusan pembinaan stesen pam , menaik taraf logi dan stesen pam.

Mengapa kerajaan Selangor pimpinan Khalid sering menuding Syabas dalam masalah air di Selangor.? Aku faham, secara umum rakyat menganggap Syabas adalah milih kerajan BN. Oleh sebab itu kerajaan Selangor sering meletakkan kesalahan sendiri kepada orang lain agar rakyat melihat kerajaan pakatan adalah kerajaan yang terbaik.

Sebagai penutup aku suka komen ini :
" Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas Ir.V.Subramaniam dilaporkan berkata tindakan seperti itu belum pernah terjadi di mana sebuah kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambahbaikan perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat."

Tambahan
Beliau berkata sebarang usaha baik pulih, ada prosedur yang perlu dipatuhi serta  perlu ditender dan tidak boleh dijalankan secara rundingan terus dengan kerajaan negeri.
“Dalam setengah kes kerajaan negeri sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk melaksanakan Capex. Jadi saya tidak lihat ia sebagai satu isu di sini,” ujarnya. ( nampak tak kerajaan selangor tidak membantu langsung syabas dalam permasalahan air.? Dah la tak nak keluar modal, nak mintak sain baucer pun tak nak. Seburuk-buruk Bn yang dilabel pentadbiran boros, tapi tidak la kedekut dalam membantu rakyat. Duit banyak tapi letak bawah bawah tilam buat apa.
Beliau berkata apa yang menjadi isu pada ketika ini adalah adalah pengurusan Syabas sangat lemah dan mereka perlu menilai kembali program air tidak terawat yang dijalankan.
“Sehingga hari ini mereka (Syabas) tidak pernah membentangkan kepada saya mengenai program untuk mengurangkan air tidak terawat mereka daripada 30 kepada 15 peratus seperti mana yang dipersetujui dengan kami sebelum ini,” katanya.
Abdul Khalid menjelaskan beliau mahu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memanggil Syabas bagi mengetahui status Capex mereka dalam usaha mengurangkan air tidak terawat.
Pada Selasa, Syabas  mendakwa sikap kerajaan negeri menghalang kerja-kerja penambaikan perkhidmatan syarikat dengan pembekuan Capex menyebabkan krisis air yang semakin buruk di Selangor.

No comments:

Post a Comment