Saturday, September 28, 2013

Analitikal dan kritikal

Samada jawapan Dr. Halimah Ali ke laut atau tajuk artikel tak betul.. Aku cuma suka pandangan beliau tentang corak masyarakat kita berfikir. Andai negara ingin maju kita harus berfikir secara analitikal dan kritikal. Oleh kerana Dr. Halimah Ali orang politik, maka contoh yang beliau berikan juga berbau politik yang menyebelahi beliau.

Aku petik komen tajaan kerajaan kepada kelab Cardiff.
Dari pada menaja lebih baik taja rakyat yg susah kat negara kita ni, bnyk yg masih memerlukan seperti tajaan perubatan, pelajaran dan sumber makanan juga tempat tgl utk rakyat termiskin..ini tidak kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan. Inilah dari dulu sampai sekarang, semua nak nama jer.
Ini contoh kita berfikir tidak menggunakan kaedah analitikal. Jika kita gagal untuk memfokuskan isu, maka pertimbangan berfikir (kritikal) pasti akan tersasar.

Aku setuju kerajaan menaja Cardiff City. RM15 juta adalah berbaloi dengan konsep penajaan. Jika kerajaan mempromosikan sendiri dengan menjelajah satu dunia aku rasa nilai itu jauh berlipat kali ganda serta membazirkan masa.

Dikatakan Fareeda mengeluarkan kos sebanyak  400 ribu untuk satu papan iklan di tol sungai besi. Tidak keterlaluan aku kata, Fareeda telah membelanjakan berjuta bagi pengiklanan produknya. Fikirkan penajaan itu ditonton oleh 720 juta orang dan nilai sejuta hanya untuk orang yang pergi ke Kuala Lumpur. Adakah Fareeda rugi.?

Pembangkang juga tidak mendidik masyarakat dengan kaedah pemikiran seperti ini. Contoh mudah. Pembangkang menghentam kerajaan kerana kedatangan Obama di Malaysia. Tetapi pada masa memuja Anwar kerana mempunyai kerjasama yang erat dikalangan pemimpin Amerika. ( tolak isu TPPA). 
Pendapat - adalah lebih baik kerajaan menyalurkan duit tersebut kepada persatuan bola sepak tempatan untuk menaikan mutu bola sepak negara. Dangkal pendapat ini. Tidak tahu membezakan tujuan sesuatu tindakan. 

Kenapa pembangkang tidak komplen Khalid Ibrahim membazir duit rakyat dengan membawa seluruh exco dan beberapa pegawai kerajaan ke Thailand.? Seorang exco memberi alasan agar tidak ada seorang pun wakil rakyat yang ponteng.? Mengata pemimpin umno tidak buat kerja, tapi ramai pemimpin pakatan bersantai dan tidur semasa dun bersidang..


Bersidang dalam mimpi.?
Pak Lah mengaku mempunyai penyakit yang boleh menyebabkan beliau tidur. Apa penyakit Yaakop Sapari.? Ramai ahli parlimen pakatan ponteng dalam sidang parlimen. Sibuk sangatkah sehingga tidak boleh menghadiri sidang parlimen. Analitikal, BN dan pakatan sama sahaja. Tapi kerana penyokong pembangkang begitu taksub maka mereka menghalalkan apa keburukan pemimpin mereka.

No comments:

Post a Comment