Tuesday, September 17, 2013

Chin Peng patriot pembangkang

Seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini.

Tidak menghairan jika beliau menyokong mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia. Ini kerana Dr. Zul sering berpandangan terbuka atau liberal seperti Khalid Samad. Satu hujah dari beliau dan ada asasnya. Mengapa British dan Jepun juga kejam dan kita memaafkan mereka.?

Mungkin kerana Chin Peng lahir di Malaya dan pemberontakan beliau telah membunuh ramai orang melayu. Sehingga kini masih ramai anggota keselamatan yang masih hidup dalam keadaan yang cacat anggota kerana kekejaman komunis. Kebencian anggota keselamatan kita terhadap Chin Peng seperti orang Kemboja membenci Pol Pot. 

Perlukah kita menyakitkan hati ramai pejuang negara hanya kerana seorang pengkhinat.? Fakta penting - Chin Peng bukan rakyat Malaysia.

Bukan sahaja Jepun dan British, malah Portugal juga sepatutnya kita tidak boleh berkerjasama. Namun apakan daya, negara kita merdeka pun dari British. Nagasaki dan Hiroshima pernah dibom oleh Amerika, tetapi sekarang Jepun sekutu Amerika. Jadi tidak ada isu pun disini. Chin Peng tidak penting dalam landskap kehidupan sejagat.

Hakikatnya, kematian Chin Peng telah memperlihatkan wajah-wajah pemimpin pakatan rakyat. Kematian Chin Peng membuktikan bahawa bukan Mat Sabu seorang menyokong komunis. Dengan sokongan yang begitu kuat dari para pemimpin pembangkang, maka kita boleh mengibaratkan bahawa, Pakatan Rakyat menyokong Chin Peng sebagai matinya seorang Patriot.

No comments:

Post a Comment