Kita berhak memilih jodoh, tapi jangan terlalu memilih.
Sebuah kedai bernama "suami untuk dijual" telah dibuka di new york.. dimana gadis2 dapat pergi ke kedai ini sekali seumur hidup dan dapat memilih untuk membeli suami idaman mereka...
Kedai ini mempunyai 6 tingkat dan harga suami yg terdapat disini meningkat selari dengan aras tingkat kedai berkenaan. Setelah masuk kedalam kedai ini, hanya ada laluan ke tingkat atas sahaja dan tidak boleh turun ke bawah semula kecuali tangga menuju ke laluan keluar kedai pada tingkat teratas..
Nak dijadikan cerita.. maka adalah seorang wanita memasuki kedai tersebut..
Pada tingkat 1... pada signboard nya tertulis.. suami suami disini mempunyai kerja..
Wanita itu tidak berpuas hati dengan pilihan yang ada. Maka dia teruskan perjalanan ke tingkat ke 2
Tingkat kedua pula tertulis : lelaki yang mempunyai kerja dan sayang akan kanak kanak
Terdetik dalam hati wanita tersebut untuk meneruskan ke tingkat atas kerana didapati ciri2 lelaki yg dipaparkan semakin menarik..
Pada tingkat 3 signboard nya tertulis: lelaki bekerjaya, menyayangi anak dan hensem..
Wanita itu berkata OMG OMG... lalu meneruskan langkahnya ke tingkat seterusnya dan ingin mengetahui apa pula ciri2 lelaki yg seterusnya...
Tingkat 4 : lelaki bekerjaya, sayangi anak, hensem dan suka melakukan kerja2 rumah..
Wanita tersebut menjadi semakin teruja dan masih tidak berpuas hati dengan ciri2 yg telah sedia ada... " ke tingkat seterusnya" wanita itu berkata dan meneruskan langkahnya ke tingkat seterusnya...
Tingkat 5 : lelaki bekerjaya, sayangi anak, hensem, suka melakukan kerja rumah dan sangat romantik..
Wanita itu masih lagi tidak berpuas hati.. dia terus ke tingkat yang terakhir...
Alangkah terkejutnya beliau apabila dia ke tingkat 6, tak ada lelaki langsung disitu... dan signboard disitu tertulis..
Tahniah.. anda adalah pengunjung ke 1,000,459 ke tingkat ini... tingkat ini diwujudkan semata2 untuk membuktikan bahawa kepuasan seorang wanita adalah mustahil untuk dipenuhi.. terima kasih kerana sudi mengunjung ke kedai kami.. SILA KELUAR..!!!!
No comments:
Post a Comment